Petua Keluarkan Serangga Dari Dalam Telinga
-
Pernahkan telinga anda/anak yang telah dimasuki oleh serangga terutamanya
semut?.
Mesti panik bukan. Petua mengeluarkan mudah sahaja. Gunakan batang mu...
Followers
Custom Search
Tuesday, September 29, 2009
Jemput Roti
Bahan-Bahan
1 buku roti
4 biji telor
1 ulas bawang besar
2 biji cili (hijau/Merah)
Sedikit daging cincang
sedikit Daun Sup
Garam
Ajinamoto (Sedikit)
Cara Membuat
Roti dipotong kecil-kecil, masukkan telur, bawang dan lada yang dipotong dadu ke dalam roti tadi, kemudian masukkan daging cincang, daun sup yg dimayang halus dengan sedikit garam, Gaulkan semua bahan dan bulat-bulatkan sambil ditekan padat , goreng dalam minyak yg sederhana panas..(sentiasa balik balikkan supaya roti masak rata)
Boleh dijadikan sarapan pagi atau minum petang, kanak-kanak pasti sukakannya..
Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,Peluang Business Dari Oversea
Sunday, September 20, 2009
Acar Sarawak
Bahan-Bahan
2 biji timun
1 biji lobak merah
2 biji cili merah
2 ulas bawang merah (potong nipis)
4 sm halia (potong kecil2 memanjang)
½ cawan udang kering (rendam dan ditumbuk halus)
1 cawan kacang tanah(goreng tanpa minyak, dibuang kulitnya kemudian ditumbuk halus)
4 sudu makan bijan yang telah digoreng tanpa minyak
5 sudu makan gula pasir (ikut rasa)
2 sudu teh garam
1 botol kecil cuka
20 keping lobak masin (potong nipis)
Cara Membuat
Timun, lobak merah, cili merah dipotong 4 sm dan potong kecil2 memanjang.
Kemudian masukkan bawang merah, halia, udang kering, kacang tanah, bijan, garam, lobak masin dan cuka gaul rata-rata. Akhir sekali baru masukkan gula.
Cara Menghidang
Enak jika dihidang bersama nasi ayam ataupun dimakan dengan nasi putih sahaja.Peringatan: Gula hendaklah dimasuk paling akhir, mengelakkan acar menjadi layu.
Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,Peluang Business Dari Oversea
Friday, September 11, 2009
Abok-abok Sagu
1 kg kelapa parut
(sudah dikupas kulitnya)
500g sagu biji
Garam halus dan Gula melaka secukupnya
daun pisang(dilayur)
Lidi secukupnya
Cara Membuatnya
1 Basuh sagu biji.Tapis dan biarkan 30 minit.
2 Basuh sagu biji sekali lagi.Biarkan di tapisan selama 30 minit lagi.
3 Gaul sagu biji dengan kelapa parut dan garam halus.
4 Letakkan satu sudu makan campuran sagu biji-kelapa ke atas daun pisang. Tabur gula melaka yang telah diracik. Tutup dengan satu atau dua sudu makan campuran sagu biji-kelapa parut.
5 Semat daun pisang dengan lidi.
6 Kukus hingga naik wap(20 minit)atau sehingga daun pisangnya layu.
Kemudian boleh dihidangkan diwaktu petang.
Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,
Peluang Business Dari Oversea
Subscribe to:
Posts (Atom)
My Blog List
-
-
Agen Pembersih Kolesterol Yang Tersohor - Harga pasaran : RM80 (Semenanjung) RM90 (Sabah/Sarawak ) Harga diElizatrading Harga pasaran : RM75 (Semenanjung) RM85 (Sabah/Sarawak ) Assalamualaikum ...
-
-
5,000 HITS TO YOUR WEBSITE A DAY. - *Get over 5,000 hits to Your Website a day.* *for FREE - No Clicking! * *Safe clicks to your.* * Ad...
-
-