Followers

Custom Search

Friday, March 19, 2010

Sup Kepala Ikan Merah



Bahan-Bahan

1 Ketul kepala ikan Merah 
3 labu bawang putih
4 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai di ketuk
2 biji cili merah dihiris nipis
2 biji tomato dibelah dua
1 keping tauhu  dipotong dadu kecil
Sedikit garam secukup rasa
Daun sup dan daun bawang
1 pek sup bunjut kepala ikan

Cara Membuatnya
1. Panaskan air didalam periuk sehingga mendidih
2. Kemudian masukkan halia, bawang putih, bawang merah, serai,sup bunjut dan cili ke dalam periuk.
3. Masukkan tauhu dan tomato dikuti garam dan gula secukup rasa
4. Selepas itu masukkan kepala ikan merah tersebut.
5. Biarkan selama 15 minit sebelum menutup api. Masukkan daun bawang dan daun sup 
     sebelum dihidangkan.



500 Soup ReceipesFeeding Baby: Simple, Healthy Recipes for Babies and Their FamiliesSteam Cooking: 100 Delicious and Healthy Food Receipes for All Steamers 

Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com 
Koleksi Petua,

Monday, March 1, 2010

Gulai Ikan Kering Tumis Darat



BAHAN-BAHAN
1. 1 Kg tulang ikan talang kering
2. 4 sudu makan rempah kari
3. 6 ulas bawang merah (dikisar)
4. 2 ulas bawang putih (dikisar)
5. Nenas dipotong nipis.
6. 1 biji terung dipotong baji
7. 3 cawan santan
8. sedikit gula


BAHAN MENUMIS
1. 6 ulas bawang merah (dimayang)
2. 3 Ulas bawang putih (dimayang)
3. 1/2 sudu teh halba campur
4. Daun kari
5. 5 sudu makan minyak masak.

CARA MEMBUATIkan kering dipotong dan direndam. Satukan rempah kari, bawang merah dan putih serta sedikit air, jerang dalam periuk sehingga rempah masak.


Masukkan santan biar mendidih. Masukkan ikan kering, terung, biar separuh lembut, kemudian masukkan nanas dan sedikit gula.


Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat, angkat dari api. sehingga garing kekuningan, tuang bahan tumis di dalam gulai yang dimasak tadi, tudung rapat.


Gulai sedia dihidang


P/S : Ermm lebih sedap kalau ada sambal udang dan petai. Pendek kata mak mertua lalu 
          belakang memang tak perasan.

500 Soup ReceipesFeeding Baby: Simple, Healthy Recipes for Babies and Their FamiliesSteam Cooking: 100 Delicious and Healthy Food Receipes for All Steamers 

Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com 
Koleksi Petua,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List

More Story Here

Let Join !