Followers

Custom Search

Sunday, August 24, 2014

Coleslaw

 
Salam AdilFitri,  Kali ini saya ingin berkongsi satu lagi resepi yang semudah A B C. Resepi membuat coleslaw. Anda pernah makan coleslaw bukan, selalunya saya makan coleslaw di KFC sahaja. Kali ini kita buat sendiri ....jimat ...jimat.
 
Bahan-Bahan
Kobis-½ biji (dipotong sehingga halus)
Lobak Merah-1 biji (dipotong sehingga halus)
Bawang Besar-½ Biji (dihiris sehingga halus)
Mayonis- Secukupnya (Mengikut Keperluan)
Susu Segar (untuk tambah rasa lemak)
Limau nipis-½ biji/secukupnya
Garam

Cara Membuat
1-Masukan kobis, Lobak Merah, Bawang Besar dan digaul rata.
2-Masukkan Mayonis sedikit demi sedikit secukupnya.
3-Masukkan Susu Segar sedikit (jangan sampai banjir)dan masukan perahan limau (untuk mengimbang rasa)
4-Tabur garam sedikit dan digaul sehingga campuran betul2 rata..
 
Informasi Tambahan
Boleh dimakan begitu sahaja...
Boleh juga di makan bersama daging burger, kentang goreng...
 Perlu disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran...
   
Iklan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List

More Story Here

Let Join !