Followers

Custom Search

Wednesday, July 1, 2015

Acar Buah Utara Special


 Bahan- Bahan

Bahan Untuk menumis, 
Cili kering,bawang merah,bawang putih,halia, minyak masak, gula, cuka , rempah campur dan bijan.

Bahan sebagai buah,
limau jeruk , belimbing kering , bawang putih, bawang merah, kurma, kismis, prune cina, segala buah-buah asam, lobak masin, buah pala halua, segala benda asam yang kering sesuka hati.
 

Cara Membuat  
Bahan buah-buahan hendaklah di bersihkan toskan, yang besar tu potonglah, kemudian celur semua bahan buah-buahan tu, satu persatu berasingan . 
Kemudian bersedia bahan untuk ditumis. Cili kering, setelah dibersihkan toskan. Lepas tu semua bahan-bahan nak tumis tu hendaklah digoreng dahulu (separuh masak) sebelum diblenderkan berasingan. 

Panaskan minyak, masukkan chili, bawang puti, bawang merah, halia, kacau sampai wangi, kemudian  masukan gula, kacau sampai gula hancur. Kemudian masukkan cuka dan garam. 

Kacau lama sampai mendidih.Mustahak rasa dulu kuah ni sampai sedap ikut taste sendiri. Lepas tu baru masukkan bahan buah-buahan tadi yang keras awal yang lembut akhir. Kacau sampai masak naik minyak dan nampak gulanya 'berkaca'. Akhir sekali gorengkan rempah campuran dalam kuali angkat masukkan kedalam periuk acar tadi, begitu juga bijan, goreng dan masukkan. 

Selamat Mencuba! 

Jika anda kurang faham sila rujuk video dibawah ini. 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List

More Story Here

Let Join !