Bahan-Bahan
3 kilo kerang hidup
1 batang serai **
½ inci lengkuas **
½ inci halia **
2 biji bawang merah **
5 ulas bawang putih **
10 tangkai cili kering **
10 tangkai cili padi**
2 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit – dihiris halus
Satu mangkuk santan pekat
Sedikit kerisik
** Dikisar
Cara Membuat
Rebus kerang terlebih dulu dan diasingkan kulitnya
Panaskan minyak tumiskan bahan kisar itu tadi bersama daun limau purut
Setelah nampak agak keing masukkan kerang yang telah dikupas bersama santan dan sedikit air. Kacau hingga sebati
Apabila rendang agak kering masukkan kerisik dan bahan perasa dan garam
Masak hingga kering. Terima kasih : http://kasihasakura.blogspot.com
No comments:
Post a Comment