Sup Ketam ..Emmm sedapnya. Gambar Ikhsan: Wanda2u |
Assalamualaikum, Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik-Cik.
Maaf kerana lama tak update blog masakan ini, Kali ini Fatin nak kongsikan sup ketam memang sedap lebih-lebih ketam bunga segar. Sup ketam juga penawar kepada mereka yang terkena denggi.
Ok tak usah membebel lagi mari kita memasak !!
Bahan-Bahan
4 ekor ketam bunga.
4 labu bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1.5 sm halia (dikisar)
1 bungkus sup bunjut
1 labu bawang besar (dihiris)
2 batang serai
Garam secukup rasa
Daun saderi
Air secukup
Cara membuatnya
1. Bersihkan ketam dan tos
2. Tumis bahan dikisar hingga naik bau. Masukkan air dan sup bunjut.
3. Setelah mendidih masukkan ketam,serai, bawang besar dan garam
dan hiaskan dengan daun saderi semasa menghidang.
*** JOM SEMAK DAFTAR MEMILIH DI SPR ***
Iklan :
Produk kesihatan lelaki & Perempuan harga terbaik,
Camna pembuat dodol jadi kaya, percuma trafik,
No comments:
Post a Comment