Followers

Custom Search

Thursday, December 31, 2009

Kari Telur



Bahan-Bahan

6 biji telor
5 sudu besar Rempah kari daging
2 biji tomato dipotong empat
½ liter stok ayam
garam secukup rasa
Sedikit minyak  



Bahan - Bahan Kisar

20 biji cili padi
20 gm lada kering
200 gm bawang merah
30 gm halia muda


Cara Membuat
Telur di rebus hingga masak. Kupas kulit telur dan asingkan. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi hingga harum. Bancuh rempah kari didalam stok ayam dan tambahkan ke bahan kisar yang telah harum. Biarkan mendidih. Lalu campurkan telur dan tomato. Biar masak selama 10 minit.

Cadangan Hidangan
Sedap dihidang dengan kentang goreng dan di makan dengan nasi serta acar timun. 

Dapatkan resepi antarabangsa dibawah ini
Living Cookbook 2008MasterCook Deluxe 9.0Richard Simmons Deal a Meal Program Interactive Cd-rom 

Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua,  
Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,Peluang Business Dari Oversea

Friday, December 18, 2009

Batang Buruk Popia Sarawak




Bahan-Bahan Membuat
Untuk kulit
satu bungkus kulit popia(saiz besar)
sebiji telur(putih sahaja-untuk melekatkan kulit)
minyak untuk menggoreng



untuk inti
½kg kacang hijau
½ gelas gula
1 paket susu tepung  



Cara Membuat

 (kulit)
kulit popia dipotong empat secara memanjang dan menegak.gulung menggunakan hujung pen dan lekatkan dengan putih telur sehingga mendapat bentuk silinder.biarkan kering sebentar dan goreng menggunakan minyak. 


(inti)
kacang digoreng tanpa minyak.kemudian,kisar kacang itu sehingga halus dan ayak sehingga menjadi tepung.di bahagian lain,kisar gula tadi.seterusnya,gaulkan tepung kacang hijau,gula halus dan susu tepung.akhir sekali,masukkan inti yang telah digaul tadi ke dalam kulit yang telah digoreng.



Cadangan Hidangan

inti lebih melekat pada kulit jika kulit masih panas semasa memasukkan inti.tepung kacang buatan sendiri lebih original daripada yang dibeli di pasaraya(ditambah tepung).  



Monday, December 7, 2009

Bihun Goreng Special JB



Bahan-Bahan

600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
250 gm udang segar [buangkan kulit]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
250 gm tauge
100 gm kucai


bahan tumbuk
2 s/b lada hitam
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang carrot [potong halus seperti batang mancis atau parut panjang2]
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
2 biji limau nipis
3 sudu besar minyak
daun sup dan daun bawang [racik untuk hiasan]
garam dan air


Cara membuatnya
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukan isi ayam dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan udang, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan taugeh, tahu dan kucai.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.



Cadangan Hidangan: hidangkanlah semasa mee masih panas.

Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,Peluang Business Dari Oversea

Wednesday, December 2, 2009

Air Bandung Cincau


Bahan-Bahan
Sirap
air yang dah masak
susu pekat
cincau


Cara-Cara Membuat
bancuh sirap dalam air yg dah di masak.Kemudian masukkan susu pekat ke dalam bancuhan air sirap tadi.(kalau tak nak manis sangat,jangan letak banyak2,cukup sekadar rasa).Kemudian masukkan cincau yg dah dipotong cincang kedalam air siap bandung tadi.Kemudian jadilah air itu air sirap bandung cincau.

Cadangan Hidangan: hidangkanlah di dalam jug yg ada ais.

Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,Peluang Business Dari Oversea

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List

More Story Here

Let Join !