Followers

Custom Search

Sunday, December 25, 2011

Nasi Tomato Istimewa

Assalamualaikum dan selamat berjumpa kembali, Kali ini fatin nak kongsikan nasi tomato resepi ibu, sangat sesuai dimakan semasa berkumpul bersama sanak-saudara dimasa cuti dan masa banjir !!


Bahan-Bahan
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
½ cawan minyak sapi
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga

2 ½ cawan air
2 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
2 cawan beras
¾ cawan tomato sos
 
Cara Membuat
Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. 

Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam, biarkan hingga mendidih. Bila sudah kering, masukkan tomato sos. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.


Wednesday, December 14, 2011

Sup Ayam Cendawan Utara


Bahan-Bahan
4-5 ketul ayam
7-8 cawan air
3 cawan full cream milk
2 tin button mushroom
tepung jagung
garam

Cara-cara Membuatnya 
Rebus ayam (bersama tulang sekali) dengan air sampai mendidih. Pastikan api tak besar sangat. Setelah mendidih, masukkan button mushroom yang telah dipotong kecil2.
 
Masukkan juga susu. Masukkan sedikit garam (secukup rasa). Setelah mendidih dan mushroom lembut, pekatkan dengan tepung jagung kepada kepekatan yang disukai.
Ok siap cepat & mudah bukan ?

Cadangan Hidangan 
Amat sesuai kepada mereka yang kurang  masa untuk memasak.

Tuesday, November 22, 2011

Udang Istimewa SerbaRasa

Bahan 1
500 g udang
2 biji telur
3 sudu tepung jagung
garam
lada hitam
minyak

 Bahan 2
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 sudu sos cili
2 sudu sos cili thai
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 biji telur (dipukul)
Gula dan Garam

Cara Membuat
1. Gaulkan semua bahan 1. Kemudian goreng udang hingga masak.

2. Dalam kuali yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih. 

    Selepas garing, masukkan semua sos dan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup 
    rasa.

3. Selepas itu masukkan udang dan gaul hingga rata. Akhir sekali, masukkan 

   telur yang telah dipukul dan gaul rata.

4. Hidangkan di dalam pinggan.
Hidangan ini enak dimakan bersama nasi dan roti.

Sunday, October 23, 2011

Cheese Cake (Cheese Cake Kek Keju)



Hari ini Fatin ingin berkongsi resepi kek keju (Cheese Cake) yang baru disalin oleh housemate Fatin, Jom sama-sama mencuba..
Bahan-Bahan
500 gram keju
3 sudu besar jus oren
¾ cawan coklet
250 gram buter
6 oz gula halus
100 gram tepung gandum
4 sudu besar air
3 sudu susu tepung
4 biji telur

Cara Membuat
Pukul keju dengan gula selama 5 minit. Masukkan butter pukul sampai berkrim, masukkan telur satu persatu ,selepas itu masukkan tepung gandum berserta dengan susu tepung.Diikuti dengan air berserta sekali dengan jus oren.Selepas adunan dicampurkan semua pukul hingga sebati. masukkan dalam ketuhar dan bakar hingga masak dalam suhu sederhana.

Sebelum membakar cheese cake ituletakkan satu manggkuk air kedalam loyang dibawahnya.

Nota : Kalau dah menjadi jangan lupa ajak Fatin sekali tau !! 

Berikut gambar `cheese cake' mesti anda teringin kan. Kalau rasa dan banyak kali cuba membuat tak menjadi gi jer kedai kek.


  
  

Wednesday, October 5, 2011

Udang Asam Pedas


Bahan- Bahan Membuatnya.
 500 gram udang galah
1 biji terung dayak (terung asam )
3-5 biji cili merah
1 labu bawang besar
1 cm belacan
 3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 batang serai
1 cm kunyit
garam dan serbuk perasa
 
Cara Membuatnya 
Cili merah,bawang putih,bawang merah, kunyit dan belacan ditumbuk halus. Terung dan bawang besar dipotong nipis-nipis. Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga wangi dan masukkan terung asam, 500 ml air dan serai, masak sampai mendidih, kemudian masukkan udang dan bawang besar.

Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Biarkan selama 5 minit dan angkat, sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi putih. 

Nota : Memang ringkas tapi sedap. Kena pulak udang-udang baru naik.

Tuesday, September 13, 2011

Air Belimbing Special


Bahan- Bahan
3 biji buah belimbing besi
½ cawan air gula
½ cawan air sejuk
Secubit garam


Cara Membuat
Buah belimbing dipotong kecil-kecil, kemudian masukkan kedalam blender. Tuangkan sedikit air serta garam dan kisarlah hingga hancur. Tapis ambil airnya. Masukkan air gula, jika suka bolehlah dicampur sedikit air sejuk kacau rata-rata dan sejukkan.
 

Wednesday, August 17, 2011

Biskut Raya : Badam Berkismis




 Gambar Terima Kasih : Salamborneo

Assalamualaikum,  Salam Ramadhan dan Selamat menyambut Hari Raya. Hari ini Fatin dan Kakak akan membuat biskut raya dan biskut raya pertama yang kami bercadang untuk membuat Biskut Badam.

Bahan-Bahan 
1 ¼ cawan mentega
1 cawan gula
2 biji telur
½ cawan badam halus
½ cawan kismis hitam
½ cawan tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
Tepung gandum ikut lembut

Cara-Cara Membuat 
Pukul rata mentega dan gula. Masukkan telur dan kacau lagi. Campur semua bahan lain dan tepung sedikit-sedikit hingga adunan lembut dan boleh dicanai. Terap ikut acuan disukai. Sapu kuning telur dan hiasi dengan badam. 

Nota: Fatin ingin mengucapkan terima kasih kepada Salamborneo kerana meminjam gambar. 

Saturday, July 30, 2011

Air Barli Berlimau


Bahan-Bahan
30 gm barli
500 ml air
¼ biji limau sederhana besar
30 gm gula secukup rasa
½ biji ceri
1 tangkai daun pudina

Cara Membuatnya
Basuh & rebus barli ke dalam periuk dengan 500 ml air. Apabila mendidih, kecilkan api & biarkan barli merenih hingga air kelihatan keruh. perh limau & buangkan bijinya ke dalam cawan. Tapis air barli ke dalam mangkuk yang berisi gula & kacau. 

Biarkan ia sejuk. Apabila air barli itu telah sejuk, masukkan air limau yang diperah tadi. Sejukkan di dalam peti ais. Campurkan air barli berlimau itu dengan air untuk mendapatkan 500 ml & hidangkan sejuk / suam dengan ceri & daun pudina.

  

 

Tuesday, July 19, 2011

Bergedil Isi Ketam

Bahan-Bahan

500 gm ubi keledek
150 gm isi ketam
2 helai daun sup (dihiris halus)
2 helai daun bawang (dihiris halus)
½ sudu kecil lada putih
2 biji telur ayam (1 biji untuk dicelup)
Minyak masak
Serbuk perasa
Garam


Cara Membuat 

Rebuskan ubi keledek sehingga empuk. Masukkan ke dalam mangkuk besar. Kemudian lenyekkan hingga hancur.

Masukkan bahan-bahan lain (kecuali minyak) dan gaulkan hingga sebati.

Kemudian ulikan menjadi bentuk bergedil. Pecahkan sebiji telur dan pukul sedikit.

Celupkan bergedil satu persatu ke dalam telur yang telah dipukul tadi dan goreng dengan menggunakan yang panas.

Hidangkan bersama sos cili.

Monday, July 4, 2011

International Receipe : Special Baked Macaroni With Cheese


Bahan- Bahan
475 ml susu segar
1 helai daun bay
secubit serbuk buah pala
50 g mentega
40 g tepung 
175 g cheese Parmesan atau Cheddar (atau campuran kedua-dua) - (grated)
40 g serbuk roti
450 g macaroni (atau pasta yang pendek)
secubit garam
sedikit serbuk lada hitam

Cara Membuatnya 
Macaroni & Cheese: 52 Recipes from Simple to Sublime250 True Italian Pasta Dishes: Easy and Authentic RecipesUntuk membuat "bechamel sauce"

Panaskan susu dan daun bay di dalam periuk kecil dengan api perlahan. Awas, jangan biarkan ia mendidih. Ketepikan.

Cairkan mentega di dalam periuk. Masukkan tepung, sebatikan. Masak selama 2-3 minit. Hati-hati agar tidak hangit. Tapiskan campuran susu tadi dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Sebatikan dan gaulkan perlahan. Masak sehingga mendidih, kacau selalu. Masak selama selama 4-5 minit. Masukkan sedikit garam dan lada hitam dan serbuk buah pala. Padamkan api dan masukkan 30 ml cheese dan kacau hingga cheese cair dan sebati.

Panaskan oven 200 darjah C (400 darjah F). Sapukan sedikit mentega pada bekas casserole (oven proof) dan taburkan sedikit serbuk roti.

Sambil itu, rebus pasta dengan air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (atau salted butter) sehingga 3/4 masak atau "al dente". (Tip : kurang sedikit daripada masa yang dianjurkan di paket).

Buang air rebusan pasta dengan penapis. Masukkan ke dalam "sos bechamel" tadi, gaul rata. Masukkan ke dalam bekas casserole. Taburkan serbuk roti dan baki cheese tadi. Bakar selama 20 minit sehingga kekuningan dan cheese membuak. Kemudian boleh hidangkan diwaktu petang.

Monday, June 6, 2011

Bubur Ayam Banting Special.


Untuk anda yang tiada `mood' nak masak apa kata kita cuba bubur ayam ala banting ini. Memang `terangkat' dan masak pula senang sahaja.

Bahan-Bahan

Beras secukupnya
Stok ayam Maggie
Minyak Bijan
Hirisan daging ayam rebus
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan

Cara-Cara Menyediakannya

1. Masakkan beras ( kira2 satu 1/2 cawan ) sehingga menjadi bubur...

2. Setelah bubur masak, masukkan stok ayam Maggie 6 - 7 sudu ( mengikut banyak bubur yang dimasak tadi ) dan kacau rata... rasa bubur anda dan letakkan garam mengikut keseuaian... ini kerana stok ayam maggie sudah pun masin...

3. Masukkan 2 - 3 sudu minyak bijan mengikut selera anda dan kacau rata...

4. Setelah masak, taburkan hirisan ayam rebus, daun bawang dan bawang goreng ke atas bubur anda...

5. Untuk lebih pedas, taburkan sebuk lada sulah untuk lebih kick!

Monday, May 16, 2011

Agar-Agar Delima Istana

Thanks to : Kak Ummi

Salam semua, Sempena musim panas, fatin rasa esok rasanya fatin berkongsi agar-agar, Selamat mencuba !

Bahan-Bahan
1 tahil agar-agar
4 cawan air biasa(1 drpnya air cocktail)
1 tin susu cair
6 biji telur gred A(pukul asing dulu)
 ½ cawan gula(tambah ikut selera)
½ cawan susu pekat(tambah ikut selera)
Kismis secukupnya
1 sudu teh vanilla
½ tin buah cocktail(buah sahaja)

Cara Membuat
1)Agar-agar dibasuh,terus dimasukkan ke dalam loyang yang dikehendaki
 
2)Lain-lain bahan dicampur dalam satu bekas lain,kemudian dituang kedalam loyang.
 
3)Seelok-eloknya buah cocktail,agar- agar dan kismis dimasukkan berselang- seli dengan segala bahan cecair tadi 

Peringatan:Agar-agar tadi dalam  keadaan panjang(jangan  dipotong)
 
4)Kukus mesti 2 jam 

*** Boleh dimakan sebagai pencuci mulut pada bila-bila masa.

Cara Membuat
Air boleh ditambah atau dikurang mengikut selera kepejalan agar-agar  masing-masing .Awas!Selepas 2 jam jika dicucuk dengan garfu,agar-agar masih cair,ini kerana agar-agar tidak akan mengeras sehingga habanya hilang.

Barulah boleh dimasukkan kedalam peti sejuk.Untuk ubahsuai boleh digunakan kuning telur sahaja kerana putih telur akan menyebabkan agar-agar sedikit keras dan hanyir.Bila agar-agar dipotong ia akan kelihatan seperti kristal diantara buah-buahan.

Selamat mencuba!

 

Tuesday, April 26, 2011

Apam Halus Gebu Mawar


Bahan-Bahan
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 cawan aiskrim soda
3 biji telur gred B

1 sudu besar Quick 75
1 sudu teh esen ros
Sedikit pewarna merah
Mangkuk kertas secukupnya
 


Cara Membuat
Pukul kesemua bahan sehingga putih dan gebu. Bahagikan kepada warna yang disukai. Panaskan kukus.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas dan kukus selama 10 minit.
Sumber : Mingguan Malaysia 1997

Monday, April 11, 2011

Salad Buah Istimewa.


Anda suka salad buah-buahan bukan ? Tidak terkecuali Fatin pun suka. Minggu lepas kami sekeluarga bergotong-royong membuat salad buah-buahan. Fatin tolong potong memotong sahaja. Kak dan ibulah yang membuatnya. Jom buat senang sahaja !

Bahan-Bahan
1 potong buah tembikai susu
1 potong buah tembikai merah
1 biji betik
8 biji strawberry merah
8 biji anggur hitam
1 tin buah nenas (disalai)
2 sudu besar Kismis
2 sudu besar Madu Asli
250 gm Yogust
Daun pudina
Zest Lemon

Cara Penyediaan
1. Potong semua buah-buahan mengikut kemahuan anda sama ada bulat ataupun kiub.
2. Campurkan yogurt dan madu asli dan kacau hingga sebati.
3. Akhir sekali, gaulkan bahan tersebut bersama-sama buah hingga sebati. Hiaskan dengan 
    kismis, daun pudina dan zest. Boleh dihidangkan, Senang bukan. Sesuai dimakan pada  
    waktu petang atau selepas makan tengahari.

Tuesday, March 29, 2011

Mee Udang Kuala Sepetang

Pada minggu lepas, fatin dibawa oleh mak saudara makan mee di kuala sepetang. Memang `best' & sedap. Kami makan di gerai Mak Jah. Dengar cerita restoran Mak Jah pernah masuk `jalan-jalan cari makan TV3'. Memang restorannya bersih dan `servis' cepat kira puas hatilah.





Bahan-Bahan
1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir

4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Cara Membuatnya 
Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.

Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.
 

Sunday, March 6, 2011

Isi Ketam dan Bebola Ikan



Hari ini Fatin ingin mengajak anda membuat masakan cukup ringkas ini. Tetapi yang penting berkhasiat dan sedap..

Bahan-Bahan
5 biji bebola ikan
100 gm isi ketam
1 sudu besar sos tiram
½ sudu kecil gula
1 sudu besar kicap sotong
100 gm baby kailan

Cara Membuatnya
Rebus bebola ikan seketika dan angkat.
Goreng baby kailan dengan sos tiram. Angkat dan hiaskan dengan bebola ikan tadi.
Goreng isi ketam dengan sedikit minyak masak. Angkat dan hiaskan di atas bebola tadi. 

Hidangkan ketika panas.

Fatin : cukup ringkas tetapi sedap..cubalah yer ! 

Sunday, February 20, 2011

Inovasi Berkaitan Makanan

Pada hari kali ini, Fatin ingin berkongsi dengan andabeberapa inovasi didalam penyediaan makanan




 

Saturday, February 5, 2011

Asam Pedas Tulang Special


 Bahan-Bahan
 BAHAN A:
1kg tulang lembu//kambing

BAHAN B:
cili kering 10tangkai ( ikut citarasa)
10biji bawang merah
5biji bawang putih
1inci halia
sedikit belacan

BAHAN C :
3batang serai dibakar dan ketuk
1inci lengkuas dibakar dan ketuk
3ulas bawang merah (dihiris halus) sedikit halba
air asam jawa
garam dan bahan perasa (secukup rasa)
kerisik

Cara Membuat
Rebus tulang sehingga empuk dan ketepikan kisar bahan2 B sehingga halus
Panas kan minyak , masukkan bahan2 C dan seterusnya tumis sehingga naik bau nya

masukkan bahan B goreng garing .
apabila sudah garing , masukkan tulang yang direbus dan gaul sehingga sebati .
masukkan air asam jawa dan semangkuk air , garam , kerisik dan bahan perasa .
angkat setelah mendidih . masukkan daun limau purut(ikut citarasa anda)

Cadangan Hidangan
hidangan boleh dimakan bersama sama nasi putih , ikan kering dan sambal belacan . ianya jga boleh dicicah bersama roti .

Friday, January 28, 2011

Kacang Gingko, Barli Dan Tauhu.

 Bahan-Bahan

50gm Barli dibasuh
2 Keping Tauhu yang leper
1.8 Liter air
200gm Gula batu
1 peket kacang gingko yang dibuang kulit
2 helai pandan
100ml  Susu krimer sejat

Cara-Cara Membuat 

1. Campurkan air,barli, kepingan tauhu dan kacang gingko dan rebuskan selama 40 minit.
2. Masukkan gula batu dan daun pandan dan masak sehingga gula larut
3. Kemudian masukkan susu kerimer sejat dan masak sehingga mendidih dan padamkan api

Tuesday, January 11, 2011

Kuetiau Kerang Istimewa



Bahan-Bahan 
160 gram kuetiau 
20 gram cili kering (dikisar halus)
3-6 ekor udang 
30 gm kerang 
10 gm daun kucai
30 gm tauge
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji telur
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil kicap hitam pekat
Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Cara Membuat
1. Tumiskan bawang  putih bersama udang dan cili kering
2. Masukkan telur, ratakan seperti membuat telur dadar.
3. Masukkan kuetieau dan tumis hingga naik bau wangi.
4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, serbuk perasa dan kerang 
5. Akhir sekali letakkan daun kucai dan tauge
6. Hidangkan dengan cili jeruk
                                                              

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List

More Story Here

Let Join !