Followers

Custom Search

Tuesday, December 16, 2014

Chicken-Mushroom Cream Soup


Bahan- Bahan
4-5 ketul ayam
7-8 cawan air
3 cawan full cream milk
2 tin button mushroom
tepung jagung
garam


Cara Membuat
Rebus ayam (bersama tulang sekali) dengan air sampai mendidih. Pastikan api tak besar sangat. 

Setelah mendidih, masukkan button mushroom yang telah dipotong kecil2.
Masukkan juga susu. 


Perasakan dengan garam. 


Setelah mendidih dan mushroom lembut, pekatkan dengan tepung jagung kepada kepekatan yang disukai. 







Monday, November 24, 2014

Jeruk Asam Boi

 

Resepi kali ini ialah Jeruk Asam Boi. Sebut jer dah terasa sedapnya. Kali ini kita buat sendiri  lebih baik dari makan jeruk yang beli kedai yang `kaya' dengan bahan-bahan yang kurang baik untuk kesihatan anda dalam jangka masa panjang. Kalau anda rajin boleh buat `business' untuk menambah pendapatan seperti usahawan dibawah ini 


Bahan-Bahan
Mangga Muda/Epal Hijau/Kedondong Muda
Asam Boi
Cili Padi 
Gula 
Garam


Cara Membuat
Basuh dan potong mangga/Epal hijau/Kedondong muda mengikut cita rasa anda
Potong kecil-kecil cili padi secukup rasa
Satukan semua bahan-bahan tadi didalam satu bekas setelah digaul rata dengan gula dan sedikit garam. Tutup rapat dan masukkan didalam peti sejuk selama 4 - 5 jam 

Sunday, August 24, 2014

Coleslaw

 
Salam AdilFitri,  Kali ini saya ingin berkongsi satu lagi resepi yang semudah A B C. Resepi membuat coleslaw. Anda pernah makan coleslaw bukan, selalunya saya makan coleslaw di KFC sahaja. Kali ini kita buat sendiri ....jimat ...jimat.
 
Bahan-Bahan
Kobis-½ biji (dipotong sehingga halus)
Lobak Merah-1 biji (dipotong sehingga halus)
Bawang Besar-½ Biji (dihiris sehingga halus)
Mayonis- Secukupnya (Mengikut Keperluan)
Susu Segar (untuk tambah rasa lemak)
Limau nipis-½ biji/secukupnya
Garam

Cara Membuat
1-Masukan kobis, Lobak Merah, Bawang Besar dan digaul rata.
2-Masukkan Mayonis sedikit demi sedikit secukupnya.
3-Masukkan Susu Segar sedikit (jangan sampai banjir)dan masukan perahan limau (untuk mengimbang rasa)
4-Tabur garam sedikit dan digaul sehingga campuran betul2 rata..
 
Informasi Tambahan
Boleh dimakan begitu sahaja...
Boleh juga di makan bersama daging burger, kentang goreng...
 Perlu disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran...
   
Iklan

Sunday, June 22, 2014

Kuih Raya-Biskut Bangkit Badam

Biskut Bangkit Badam ; Gambar Ihsan  ResepiBiskut

Assalamualaikum semua, minggu depan hari Ahad kita akan berpuasa Ramadhan. Justeru itu kami akan berkongsi resepi untuk Ramadhan dan Aidl Fitri. Kali ini Biskut Bangkin Badam

Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan mentega
1 cawan gula kastor
2 biji kuning telur
20 gm buah badam(dihiris)

 Cara Membuatnya  
Pukul mentega & gula kastor hingga kembang,masukkan tepung gandum & uli hingga sebati.Canaikan adunan & terapkanmengikut bentuk yg anda suka.Susunkan kuih atas dulang pembakar yg telah disapu mentega.Sapukan kuning telur & letakkan badam hiris atasnya.Bakar hingga masak.

Senangkan ..
   
Iklan

Thursday, February 20, 2014

Telur Kukus Istimewa

 
Bahan-Bahan
3 biji telur
1 biji telur masin
1 biji telur seabad
1 cawan air panas
½ sudu serbuk perasa ayam
secubit garam
1 sudu minyak masak
daun bawang 


 Cara Membuatnya  
Telur seabad dan telur masin di rebus dan di potong dadu.Pukul telur ayam sambil masukkan air panas sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan.masuk garam dan serbuk perasa sambil di pukul perlahan.masukkan minyak untuk menampakkan kilatan di bahagian atas selepas di kukus. masukkan telur yang dipotong dadu dan daun bawang.Akhirnya di kukus selama 1/2 jam.
   
Iklan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List

More Story Here

Let Join !