Followers

Custom Search

Thursday, November 28, 2013

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Belimbing Buluh.

Sumber : Anugerah Alam

Bahan-Bahan
1/2 kilo daging yang telah disalai
2 batang serai - dititik
1/2 mangkuk kecil kelapa goreng
1 mangkuk santan pekat
1/2 mangkuk kecil belimbing buluh
Beberapa helai daun limau purut
Daun kunyit - dihiris halus

10 biji cili padi - tumbuk halus
1 inci Kunyit hidup  

 Cara Membuatnya  
Daging dibersihkan kemudian disalai diatas bara api , Terbalikkan hanya 2 kali sahaja
Apabila sudah masak, sejukkan sebentar kemudian dihiris ( dlm 2cm ).

Kelapa parut disanggan  sehingga kekuningan kemudian dikisar halus. Satukan kesemua bahan yang telah ditumbuk halus bersama serai, daging dan belimbing kecuali kelapa goreng
 
Masukkan santan cair, biarkan ia reneh sebentar dan sebati, Masak sehingga belimbing empuk Masukkan kelapa kisar tadi. Masukkan garam dan kacau rata dan akhir sekali masukkan santan pekat.

Awas jaga api supaya santan tidak pecah  hendaklah kecil agar santan tak pecah
Gaul rata, matikan api, tabur daun kunyit dan sedia dihidang
   

Thursday, September 19, 2013

Kerabu Nenas Tropika

Kerabu Nenas - Ihsan dari Dapur Cik Ida
 Bahan-Bahan 
1 Biji nenas dipotong kecil
1 Biji buah naga didadu
2 Batang timun jepun didadu
5 Ulas bawang merah dihiris
2 Batang serai dihiris
1 Batang bunga kantan dihiris
3 Tangkai cili merah dihiris
3 Tangkai cili hijau dihiris
1 Cawan sos nenas
Air limau nipis & gula dan garam secukupnya

Bahan Tumis
1. 300gm daging cincang
2. 1 sudu teh lada hitam

  Cara Membuatnya 
Daging cincang digoreng tanpa minyak hingga kering.
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Kemudian bolehlah dihidangkan
 
 
Iklan :

Thursday, August 22, 2013

Crab Meat Breadbox


Bahan-Bahan 100gm sengkuang
150gm daging ayan dicincang halus
3 keping roti
Sedikit daun bawang
  
Cara Membuatnya a. Kisar daun bawang dan sengkuang
b. Gaulkan semua bahan kecuali roti
c. Sumbat semua bahan kedalam roti.
d. Bentuk seperti bunut
e. Goreng dengan api sederhana hingga masak
f. Siap untuk dihidangkan, boleh makan dengan sos cili jika anda suka
 
Iklan :


Sunday, July 7, 2013

Acar Buah

Acar buah: Gambar Ihsan Makalangazie
Bahan-Bahan

 600 gm buah-buahan jeruk (asam boi, prun, aprikot dan ceri)
2 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
4 cm halia
1 tin kecil tomato puri
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar gula
2 sudu besar cuka
½ cawan minyak untuk menumis


  
Cara Membuatnya
Bawang putih dan bawang besar serta halia dikisar halus. Panaskan minyak, tumis cili kisar dan bawang putih, bawang besar dan halia yang telah dikisar tadi hingga garing. Kemudian masukkan tomato puri, rempah kari, gula, garam dan cuka. Biarkan mendidih dan masukkan buah-buahan jeruk. Kacau rata dan bolehlah diangkat.
 
Iklan :


Tuesday, June 4, 2013

Rendang Ayam Kampung Daun Puding

 
Rendang Ayam Kampung Daun Puding : Gambar Ihsan : MakcikMaggis
Bahan-Bahan
1 ekor ayam kampung potong sederhana
60gm cili api
5 tangkai cili masak (Dikisar)
3 inci kunyit hidup (Dikisar)
1 kg santan 
5 batang serai diketuk
5 batang daun puding - dibuang batang dan tulangnya.

Cara Membuatnya
1. Bersihkan ayan dan toskan airnya
2. Kemudian masukkan ayam  bersama-sama bahan kisar dan serai ke dalam kuali. Biarkan sehingga ayam menjadi empuk dan bahan tumisan menjadi kering.
3. Masukkan santan dan garam secukup rasa.
4. Biarkan sehingga kuah rendang agak kering dan masukkan daun puding. Masak di atas api yang pelahan sehingga daun menjadi kering.
5. Sedia untuk dihidangkan
 
Iklan :


Thursday, May 16, 2013

Blueberry Cheesecake

Blueberry Cheesecake : Ikhsan : Fiesh Fotopages
Bahan-Bahan

  • 24 keping biskut (tanpa krim kat tengah)
  • 50g non-salt butter (dicairkan)
  • 200g blueberry (dlm tin pon bole)
  • bahan A: 30g gula, 2 sudu teh perahan lemon, 1/4 cwn air
  • 120g creamcheese
  • 30g gula halus
  • 70cc (atau ml) plain yogurt
  • bahan B: 2 sudu teh serbuk gelatin dan 2 sudu besar air
  • air perahan lemon

Cara Membuatnya

  1. biskut dihancurkn. Kalau mahu mudah boleh guna pengisar. Kemudian masukkan non-salt butter yg telah dicairkan kedlm biskut yg telah hancur tadi.
  2. gaul rata biskut dan butter.Pindahkan ke dlm acuan kek. Tekan dgn tapak tgn supaya biskut td rata ke seluruh bekas. Tutup dengan wrapping paper dan masukkan dlm peti ais(bukan yg sejuk beku).
  3. Bhn A dimasukkan kedlm periuk dan dipanaskan sebentar.Seelok2 nya sampai pekat sikit. Setelah itu dibiarkn sejuk.
  4. bhn B: gelatin dicairkn dlm air. Ketepikan.
  5. dlm bekas yg lain, campurkn gula halus dgn cream cheese. pukul sampai lembut.
  6. masukkan yogurt. Kacau rata.
  7. 1/3 blueberry yg telah disediakan pd awal td dimasukkn dlm adunan. kacau rata. Kemudian masukkn separuh dari gelatin yg telah larut td. (jika gelatin berketul, panaskan dlm 1minit dlm oven) .Rasa sedikit bancuhan.Kalau perlu nk tambah jus lemon pon ok.
  8. curahkan adunan dlm bekas yg berisi biskut td.bekukan dlm peti ais( tempat sejuk beku). Bila dh beku, ikut step seterusnya.
  9. baki blueberry dicampurkn dgn baki gelatin, kacau rata. Tuangkn diatas lapisan pertama yg dh beku td.
  10. lepas diratakn keseluruh bekas, sejuk beku kn sampai la kek ni betul2 keras. Lepas tu boleh la dimakan masa sejuk2.
Iklan :


Saturday, March 23, 2013

Sup Ketam

Sup Ketam ..Emmm sedapnya. Gambar Ikhsan: Wanda2u

Assalamualaikum, Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik-Cik.

Maaf kerana lama tak update blog masakan ini, Kali ini Fatin nak kongsikan sup ketam memang sedap lebih-lebih ketam bunga  segar. Sup ketam juga penawar kepada mereka yang terkena denggi.

Ok tak usah membebel lagi mari kita memasak !!

 Bahan-Bahan
4 ekor ketam bunga.
4 labu bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1.5 sm halia (dikisar)
1 bungkus sup bunjut
1 labu bawang besar (dihiris)
2 batang serai
Garam secukup rasa
Daun saderi
Air secukup

Cara membuatnya
1. Bersihkan ketam dan tos
2. Tumis bahan dikisar hingga naik bau. Masukkan air dan sup bunjut.
3. Setelah mendidih masukkan ketam,serai, bawang besar dan garam
    dan hiaskan dengan daun saderi semasa menghidang. 

*** JOM SEMAK DAFTAR MEMILIH  DI SPR *** 
 
Iklan :

Produk kesihatan lelaki & Perempuan harga terbaik,  
Camna pembuat dodol jadi kaya, percuma trafik,  

Saturday, March 2, 2013

Masak Tempoyak Daun Campuran

Gambar Ehsan : Dari Dapur Mak Long

Bahan-Bahan
10 tangkai pucuk ubi (dihiris halus)
10 helai daun kaduk(dihiris halus)
10 helai pucuk labu(dihiris halus)
10 helai daun kunyit(dihiris halus)
5 helai daun mangun(dihiris halus)

10 batang serai (dikisar)
50gm cili padi (dikisar)
3 inci kunyit hidup(dikisar)

3 papan petai (dibuang kulit)
3 inci kunyit hidup
200 gm tempoyak
1 kg santan

Cara membuatnya
1. Masukkan semua bahan yang dihiris dan bahan yang dikisar kedalam periuk
2. Kemudian masukkan santan, masak hingga kuahnya mendidih
3. Setelah mendidih masukkan tempoyak dan petai, kacau lagi hingga kuah pekat
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
5. Hidangkan

*** JOM SEMAK DAFTAR MEMILIH  DI SPR *** 
 
Iklan :


Produk kesihatan lelaki & Perempuan harga terbaik,  
Camna pembuat dodol jadi kaya, percuma trafik,  

Monday, February 18, 2013

Gulai Baung Salai Pucuk Gelugur Muda

Gulai Baung Salai - Gambar Ihsan : Ibuhani
 Bahan-Bahan
2 ekor ikan baung sungai yang disalai
50 gm cili padi (dikisar/ditumbuk)
kunyit hidup (dikisar/ditumbuk)
750 gm santan
Daun gelugur muda ( dihiris halus)

Cara-Cara Membuatnya
1. Masukkan ikan baung yang telah disalai bersama bahan yang dikisar
2. Kacau rata dana masukkan santan, Kacau perlahan sehingga mendidih
3. Kemudian masukkan pucuk gelugur muda yang dihiris halus
4. Masukkan garam secukup rasa dam sedia dihidangkan

*** JOM SEMAK DAFTAR MEMILIH  DI SPR *** 
 
Iklan :





Friday, January 18, 2013

Cakar Ayam Kelapa

Cakar Ayam. Gambar Ikhlas : Cikgu Shamsuddin

Bahan-Bahan
3 biji kelapa muda
1 kg gula pasir

Sedikit air
Sedikti garam


Cara-cara membuat
Isi kelapa muda disagat atau dihiris halus. Celurkan isi kelapa ini ke dalam air mendidih. Angkat dan toskan. Apabila sejuk, ramas-ramaskan kelapa ini supaya airnya keluar. Masak gula dan sedikit air hingga pekat. Masukkan isi kelapa tadi dan dikacau rata. Masak lagi hingga kering.

*** JOM SEMAK DAFTAR MEMILIH  DI SPR *** 
Iklan :





 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List

More Story Here

Let Join !