Followers

Custom Search

Saturday, March 23, 2013

Sup Ketam

Sup Ketam ..Emmm sedapnya. Gambar Ikhsan: Wanda2u

Assalamualaikum, Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik-Cik.

Maaf kerana lama tak update blog masakan ini, Kali ini Fatin nak kongsikan sup ketam memang sedap lebih-lebih ketam bunga  segar. Sup ketam juga penawar kepada mereka yang terkena denggi.

Ok tak usah membebel lagi mari kita memasak !!

 Bahan-Bahan
4 ekor ketam bunga.
4 labu bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1.5 sm halia (dikisar)
1 bungkus sup bunjut
1 labu bawang besar (dihiris)
2 batang serai
Garam secukup rasa
Daun saderi
Air secukup

Cara membuatnya
1. Bersihkan ketam dan tos
2. Tumis bahan dikisar hingga naik bau. Masukkan air dan sup bunjut.
3. Setelah mendidih masukkan ketam,serai, bawang besar dan garam
    dan hiaskan dengan daun saderi semasa menghidang. 

*** JOM SEMAK DAFTAR MEMILIH  DI SPR *** 
 
Iklan :

Produk kesihatan lelaki & Perempuan harga terbaik,  
Camna pembuat dodol jadi kaya, percuma trafik,  

Saturday, March 2, 2013

Masak Tempoyak Daun Campuran

Gambar Ehsan : Dari Dapur Mak Long

Bahan-Bahan
10 tangkai pucuk ubi (dihiris halus)
10 helai daun kaduk(dihiris halus)
10 helai pucuk labu(dihiris halus)
10 helai daun kunyit(dihiris halus)
5 helai daun mangun(dihiris halus)

10 batang serai (dikisar)
50gm cili padi (dikisar)
3 inci kunyit hidup(dikisar)

3 papan petai (dibuang kulit)
3 inci kunyit hidup
200 gm tempoyak
1 kg santan

Cara membuatnya
1. Masukkan semua bahan yang dihiris dan bahan yang dikisar kedalam periuk
2. Kemudian masukkan santan, masak hingga kuahnya mendidih
3. Setelah mendidih masukkan tempoyak dan petai, kacau lagi hingga kuah pekat
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
5. Hidangkan

*** JOM SEMAK DAFTAR MEMILIH  DI SPR *** 
 
Iklan :


Produk kesihatan lelaki & Perempuan harga terbaik,  
Camna pembuat dodol jadi kaya, percuma trafik,  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List

More Story Here

Let Join !