Followers

Custom Search

Friday, December 14, 2012

Minuman : Air Jus Pegaga Limau

Pegaga Kerinting -Ikhsan JieMelaka : Lihat asal-usul dan khasiatnya
Assalamualaikum dan selamat pagi, anda kenal ulam pegaga ? (adik beradik ismet ulam raja ha ha ha lawaknya). Mesti kenal bukan, memang terkenal sebagai ulam awet muda. Jadi apa kata, kita buat air jus pegaga limau untuk makan tengahari nanti. 

Cara membuatnya sangatlah mudah dan ringkas. Sesiapa pun boleh mencuba. Selamat mencuba resepi dibawah ini,

Bahan-Bahan
1.Pegaga
2. Gula
3. Secubit Garam
4. Asam Limau
5. Ais

Cara-Cara Membuat
1. Pegaga dimesin bersama air secukupnya.
2. Tapiskan pegaga tadi. Masukkan gula dan garam tadi.Kacau
3. Perahkan sedikit asam limau dan masukkan ais.

Maklumat Tambahan
Sesuai dihidangkan di waktu makan tengah hari atau petang kerana ia menghilangkan dahaga dan menyegarkan



Gambar Ihsan : fantaghirolynn
*** JOM SEMAK DAFTAR MEMILIH  DI SPR *** 
Iklan :






Friday, December 7, 2012

Sos Pencicah (Air Asam Kelantan Style)

Kredit kepada : Kakak Nonie
Bahan A
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
½ inci belacan
( ke semua bahan di atas hendaklah dibakar terlebih dahulu )


Bahan B
Asam jawa ( di ambil air nya)
garam,aji dan gula secukup rasa


Cara Membuat
1)Tumbuk bahan A dan lada terlebih dahulu.
2)Masukkan air asam jawa tadidan bahan-bahan perasa tadi.
3)Sos pencicah ini boleh dimakan dengan ikan bakar. 


 Kalau hendak pedas, boleh di tambah lada.

*** JOM SEMAK DAFTAR MEMILIH  DI SPR *** 
Iklan :

Friday, November 30, 2012

Bubur Gunting Istimewa

Gambar Ehsan : Hasan Zainuddin
Bahan-Bahan
400 gm tepung gandum
1 biji kelapa (ambil santannya anggaran
2½ mangkuk)
1 cawan gula pasir (mengikut kesesuaian
rasa)
2 keping gula kabung

2 helai daun pandan
Sedikit garam
Air secukupnya


Cara Membuat
Bancuh tepung dengan air dan sedikit garam. Uli hingga menjadi satu doh(biar keras sedikit daripada bancuhan roti canai). Ambil sedikit tepung dan canaikan setebal 5 mm. Kemudian gunting kecil-kecil mengikut kesukaan anda. Jerangkan air anggaran 1/2 periuk. Apabila air telah mendidih, masukkan tepung yang telah digunting tadi. Kacau supaya ia tidak melekat. 

Apabila telah timbul, angkat dan toskan. Kemudian letakkan ke dalam bekas berisi air sejuk supaya ia tidak melekat. Buat begini hingga selesai. Masak gula pasir, gula kabung dan 1/2 cawan air hingga mendidih. Toskan tepung yang telah direbus tadi dan masukkan ke dalam adunan air gula tadi. 

Kacau perlahan-lahan hingga mendidih. Setelah itu, masukkan santan, sedikit garam dan daun pandan. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Apabila telah mendidih, sesuaikan rasanya dan bolehlah diangkat.


*** JOM SEMAK DAFTAR MEMILIH  DI SPR *** 

Iklan :

Monday, November 26, 2012

Masakan Antarabangsa : Baked Macaroni With Cheese

Bahan-Bahan
475 ml susu segar
1 helai daun bay
secubit serbuk buah pala
50 g mentega
40 g tepung 

175 g cheese Parmesan atau Cheddar (atau campuran kedua-dua) - (grated)
40 g serbuk roti
450 g macaroni (atau pasta yang pendek)
secubit garam
sedikit serbuk lada hitam


Cara-Cara Membuat
Untuk membuat "bechamel sauce" :  

Panaskan susu dan daun bay di dalam periuk kecil dengan api perlahan. Awas, jangan biarkan ia mendidih. Ketepikan.

Cairkan mentega di dalam periuk. Masukkan tepung, sebatikan. Masak selama 2-3 minit. Hati-hati agar tidak hangit. Tapiskan campuran susu tadi dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Sebatikan dan gaulkan perlahan. Masak sehingga mendidih, kacau selalu. Masak selama selama 4-5 minit. Masukkan sedikit garam dan lada hitam dan serbuk buah pala. Padamkan api dan masukkan 30 ml cheese dan kacau hingga cheese cair dan sebati.

Panaskan oven 200 darjah C (400 darjah F). Sapukan sedikit mentega pada bekas casserole (oven proof) dan taburkan sedikit serbuk roti.

Sambil itu, rebus pasta dengan air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (atau salted butter) sehingga 3/4 masak atau "al dente". 


Buang air rebusan pasta dengan penapis. Masukkan ke dalam "sos bechamel" tadi, gaul rata. Masukkan ke dalam bekas casserole. Taburkan serbuk roti dan baki cheese tadi. Bakar selama 20 minit sehingga kekuningan dan cheese membuak.


*** JOM SEMAK DAFTAR MEMILIH  DI SPR *** 


Iklan :

Tuesday, October 2, 2012

Asam Pedas Ikan Keli Berlada Hitam

Asam Pedas Ikan Keli Berlada Hitam : Ihsan Potret Kasih   
Ingin mencuba asam pedas minang ? Jom tengok sini.



Asam Pedas Ikan Keli Berlada Hitam
 
Bahan-bahan A
5-6 ekor ikan keli( direndam dengan air limau agar hilang hanyir)
15 biji lada kering
6 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
½cm halia
1 inci kunyit
20 biji lada hitam
15 helai daun kesum
kesemua bahan A dikisar 
 
Bahan-bahan B
100 ml minyak
sedikit gula
400 ml air
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
perisa penyedap rasa
20 helai daun kesum 

Cara Membuat
Panaskan minyak, tumis bahan A sehingga naik bau,masukkan air, tunggu hingga mendidih,seterusnya masukkan ikan keli tunggu hingga kuah pekat kemudian masukkan air asam jawa,gula,garam secukup rasa dan perisa penyedap rasa dan akhir sekali barulah diletakkan daun kesum.
 
Cadangan Hidangan 
 Lebih enak dihidangkan dengan nasi panas sungguh menyelerakan. Hati-hati bila makan ikan keli nanti tercekik tulang pulak. Ini ada petua hilangkan tercekik tulang.

Resepi Sumbangan : zulaiha binti sabtu - terima kasih kak !!

*** JOM SEMAK DAFTAR MEMILIH  DI SPR *** 

Iklan :

Friday, September 21, 2012

Bebola Sardin

Bebola Sardin : Kredit Eda Hidayah
 Assalamualaikum, selamat berjumpa kembali. Lama sungguh Fatin tak kemaskinikan blog ini. Insallah kalau ada masa terluang, akan Fatin kemaskinikan.
 
Bebola Sardin
 
Bahan-bahan 
Roti
Biskut
Sardin
Tepung gandum
Susu F&N
Telur
Air
Garam
Ajinomoto
Minyak
 
Cara Membuat
Masukkan roti(dicarikkan),biskut(dihancurkan),ikan sardin(dihancurkan)kedalam bekas.Kemudian masukkan tepung,air,telur,susu yang telah dicampurkan air,garam dan ajinomoto.Gaulkan sehingga sebati.Kemudian buatkannya seperti bebola.Gorengkannya didalam kuali yang panas. Sekiranya adunan lembik, anda boleh masukkan sedikit tepung.
 
Cadangan Hidangan 
Bebola sardin ini lebih sedap jika dicicah dengan sos cili

Iklan :  

Wednesday, August 8, 2012

Kuih Raya : Bahulu

Baulu - sedap dimakan waktu panas

Assalamualaikum dan selamat berpuasa.  Sepuluh hari , tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya adil fitri. Kali ini Fatin ingin berkongsi resepi membuat kuih raya tradisional iaitu BAULU.  Memang popular sekali dikatakan merupakan `kek' orang melayu yang pertama sebelum kedatangan kuih-kuih moden.

Bahan-Bahan
1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
setengah kg. tepung gandum
sedikit minyak.
acuan kuih bahulu

Cara Membuat
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan sehingga sebati.
3. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak.
4. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
5. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.
6. Untuk meringankan kuih bahulu, panaskan tepung dalam oven tapi jangan terlalu lama, agak-agak hangat.
7. Bakar pada suhu bakar 200C sehingga bahulu kekuningan.

Iklan :  

Monday, July 30, 2012

Juadah Bersahur Puasa - Sambal Telur Hancur Special

Kredit : Dapur kecil Norul
http://dapurkecilnorul.blogspot.com

Assalamualaikum dan apa khabar semua ? semoga terus ceria di Ramadhan ke 10 dalam tahun 2012 ini.  Minta maaf semua kerana lama gak tak dapat nak update. Biasalah sibuk sikit lebih-lebih dalam bulan puasa ini.  

Kali saya akan berkongsi resepi sambal telur hancur special, yang rasanya sangat sesuai dibuat semasa bersahur dalam melayan  telatah suami dan anak-anak yang mahukan makanan panas semasa bersahur.  Cepat dan sedap disediakan cubalah..

Bahan-Bahan 
3 biji telur
1 bawang besar(hiris)
2 bawang putih(hiris)  
   cili boh 
   kicap manis
   garam
   minyak  
 
Cara-cara membuat
1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih dah bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan cili boh dan garam, tumis sehingga cili masak dan masukkan sedikit air.
3. Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan sehingga telur masak.
4. Setelah telur masak masukkan sedikit kicap manis dan hidang.

Nota tambahan
1. Jika mahu lebih sedap atau `kick' anda boleh meletakkan sedikit belacan.

Tuesday, July 17, 2012

Kuih Raya : Dodol Labu

Ini dodol labu


Dodol Bentuk Setiga
Part kacau dodol memang memenatkan !! Banyak pantang larang  tu


Assalamualaikum, bertemu kembali dalam koleksi resepi terkenal, maaf jika terlalu awal ceritakan resepi buat dodol labu, puasa pun belum kan !! tak per sebenarnya sajer jer. Nak bagi semangat berpuasa...

Tahun nie nak buat kelainan sikit, nak buat dodol labu..mesti ada yang belum pernah makan kan .. termasuklah saya.  Berikut resepi (kalau siap hantar barang sekilo dua kat saya)
 
Bahan-Bahan
600 gm labu
300 gm tepung pulut
300 gm gula pasir
300 gm gula merah (gula kabung)
1 sudu teh garam
1 biji kelapa perut dijadikan ½ liter santan pekat
Sehelai daun pandan

Cara Membuat
Rebus labu hingga empuk kemudian dilenyek hingga lumat. Masukkan kesemua bahan ke dalamnya sambil digaulkan kemudian dijerangkan sambil dikacau di atas api hingga tidak melekat di tangan. Apabila telah sejuk, bentukkan sesuka hati.


Monday, July 2, 2012

Berbola Sardin

Berbola sardin amat sesuai dimakan waktu petang. Ingin cuba resepi berbola daging pula ?

Assalamualaikum, semua kali ini saya akan berkongsikan resepi berbola sardin  yang  amat mudah sekali dan murah.

Bahan-Bahan
1 tin sardin (kecil/besar) (asingkan kuahnya)
2 biji telur
2 keping roti (disiat kecil-kecil)
serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Cara-Cara Membuat
Rebus sebiji telur. Hancurkan telur rebus tadi bersama ikan sardin dan gaul rata. Pecahkan sebiji telur, masukkan ke dalam ikan sardin tadi bersama roti yang disiat kecil-kecil. Gaul hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Uli campuran ini menjadi bebola dan goreng sehingga masak. 

Cadangan Hidangan 
Bebola sardin ini sedap  dimakan bersama sos atau mayonis.

Saturday, June 2, 2012

Air Kedondong Asam Boi

Air Kedondong Asam Boi (Ingin tahu buah kedondong ?)

Assalamulaikum semua, hari ini ingin berkongsi air kedondong Asam boi. Emmm..baru sebut  dah kecur air liur yer tak ?. Cara membuatnya sangatlah mudah dengan syarat ada buah kedondong. Anda tahu buah kedondong bukan?. Kalau tak tahu lihat gambar dibawah,

Inilah buah kedondong !!Kredit to bestofMalaysia
Sebenarnya banyak kegunaan kedondong ini, selain dibuat jus kedondong, ia juga boleh dibuat jeruk ~ ada yang suka buat jeruk kedondong pedas dan ada yang suka jeruk kedondong manis kalau nak cuba buat sendiri tak susah klik JERUK KEDONDONG1, JERUK KEDONDONG. Ini juga boleh makan bagi perempuan yang mengandung untuk menghilangkan rasa loya.  Selamat mencuba resepi dibawah ini
Bahan-bahan 
½ kg kedondong (7-8 biji kedondong)
dikupas kulit.
gula secukup rasa
secubit garam
Asam boi (warna putih)
Air masak (sejuk atau suam)
sedikit airbatu (jika suka
)

Cara Membuat
Kisar kedondong yang telah dikupas kulitnya
kemudian ditapis.
Masukkan ke dalam jug dan tambah air gula.
jika suka tambah airbatu dan masukkan beberapa biji asam boi.

Tambahan
Amat sedap diminum selepas makan tengahari  waktu cuaca panas.

Wednesday, May 23, 2012

Apam Polkadot `Special"

Gambar Ehsan dari Ciktom
Bahan-Bahan

3biji telur 
275gm tepung gandum
220gm gula halus
150ml susu segar
 3sudu teh baking powder 
1sudu kecil ovalatte
1sudu kecil esen vanilla
filling (blueberry@apa2 ikut citarasa)
pewarna

Cara -cara membuat
Masukkan telur dan gula dlm mgkuk mixer dan pukul smpai kembang,masukkan ovalatte pukul lagi hingga kembang 
masukkan tepung,baking powder,esen vanilla dan susu segar,pukul hingga kembang selama 6-8 minit.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna. Masukkan setiap warna kedalam piping bag.picitkan adunan kedalam mangkuk kertas. (ingin tahun rahsia apam ini?)

Letakkan filling secukupnya.picitkan lagi adunan yang sama sehingga 3/4 penuh. kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.

Kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.

Cadangan Hidangan
-
Lain-Lain
Sekiranya anda berminat untuk membeli apam polkadot ini sila klik laman web ini
1. KakTom , In-House
 2. Resepi apam polkadot yang lain




Friday, May 11, 2012

Kuih-Muih : Gulung Puteri

Sekadar gambar hiasan : Kredit untuk kak Zalia

Bahan-Bahan 
500 gm tepung beras
150gm tepung jagung
114 gm tepung Tang Ming
(anda tahu tepung ini? kalau tak tahu klik disini)
150 gm tepung gandum
2,000 ml air
50 gm minyak masak

Bahan-Bahan Membuat Sos
500 gm udang (dicelur lima minit)
20 gm sos tiram
300 gm gula kastor
80 gm stok ayam
60 gm bawang besar (dihiris)
20 gm bawang putih (dihiris)
50 gm halia muda (dihiris)
50 ml minyak berperisa maggi
50 gm minyak masak
100 gm bawang kecil (dihiris)


Cara-cara Membuat 
Campurkan tepung beras, tepung jagung, tepung Tang Ming (anda tahu tepung ini? kalau tak tahu klik disini) , tepung gandum, minyak dan air. Uli sehingga ia rata.

Susun kain muslin(apa itu kain muslin1,kain muslin2? lihat gambar disini.) ke dalam kukusan rotan seperti yang digunakan di restoran Cina. Tuangkan nipis adunan tepung ke atas kain muslin dan kukus seminit.

Setelah itu, susun udang ke atas tepung dan gulung.

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga ia wangi.

Campurkan minyak berperisa maggi, kicap, sos tiram, gula,stok ayam serta didih sampai lima minit.

Susun kuih gulung tadi ke dalam pinggan dan tuangkan sos ke atasnya.Kemudian taburkan bijan goreng. Senang bukan. 

Kuih amat mudah disediakan terutama jika mendapat tetamu yang `last minute' call nak datang rumah anda. Kalau 5 minit baru nak datang hidangkan air kotak dan biskut marrie sahaja. ** Ingin tambah duit tambahan, tanpa pelaburan apa-apa? jom tengok sini atau sini

Wednesday, April 18, 2012

Kurma Telur Special

Kurma Telur Special
Bahan-Bahan 
6 biji telur rebus [buangkan kulit]
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah ]
2 ulas baeang putih ] tumbuk
1 inci halia 
2 mangkuk santan
2 biji kentang [potong kecil]
3 biji cili hijau
2 biji tomato buah [belah 4]
2 labu bawang besar [belah 4]
minyak dan garam secukup

 
Cara-Cara Membuat
1. Bancuhkan rempah kurma dengan bahan tumbuk. Panaskan minyak.
2. Tumis rempah sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan santan dan biarkan mendidih.
4. Masukkan kentang dan telur rebus.
5. Bila mendidih masukkan garam dan semua bahan lain dan biarkan sehingga   
    mendidih dan pekat. 


Hidangan
Sedap dihidangkan dengan nasi atau makan dengan roti. Ingin tahu resepi membuat telur masin ? klik sini
Cuba baca teka-teki berkaitan dengan telur Mana dulu Ayam Atau Telur Ayam ?

Thursday, March 22, 2012

Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Labu Kuning

Maaf Tiada Labu Dimasukkan Dalam Gambar Ini

Bahan Utama
Santan segar 1kg
Labu Kuning (potong kuib) 500gm
Garam/Gula
 
Bahan A
Cili Padi 50g
Cili merah 35g

Bahan B
Daun kunyit (dihiris halus) 1 helai
Serai 4 batang 
Tomato 1 biji (potong 6)
Bawang Merah 100gm
Cili Merah 2 biji (potong 2)
Belacan 20gm
Cili Hijau 2 biji (potong 2)
Buah Keras 20gm

Cara Menyediakan
BahanA dikisar sampai halus kemudian dimasak sehingga mendidih.
Masukkan siput sedut dan masak dengan api pelahan selama 5 minit
Kemudian masukkan santan dan labu kuning masak sehingga lembut
Masukkan garam, gula dan bahan B

Kisah Lain Berkaitan Dengan Siput Sedut
 

Friday, February 24, 2012

Bergedil Ayam


Bahan-Bahan
1 kg ubi kentang (di kupas kulit)
300 gm daging ayam (dicincang halus)
20 gm jintan putih
20 gm jintan manis
20 gm lada sulah
50 gm bawang goreng (paket)
2 tangkai cili merah (dihiris halus)
2 tangkai cili hijau (dihiris halus)
4 batang daun bawang (ihiris halus)
3 biji telur (dipukul kembang)
100 gm tepung kentang(potatoe Starch)
sedikit garam dan perasa (mengikut citarasa sendiri) 
Untuk menumis:
2 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
sedikit minyak zaitun
Minyak masak untuk menggoreng kentang


Cara Membuat 
Potong kentang berukuran 1/2 cm. Panaskan minyak selama 15 minit diatas dapur. Setelah itu bolehlah dimasukkan kentang. Goreng sehingga kekuningan dan empuk. Setelah masak, boleh di tapis minyaknya. Kentang hendaklah di tumbuk sehingga lumat. Kemudian ketepikan.

Panaskan minyak zaitun. Masukkan bawang merah kecil dan bawang putih setelah kuali panas.Masukkan lada sulah, jintan manis dan jintan putih. Kemudian masukkan hirisan daging ayam. Masak sehingga daging ayam masak. Bolehlah dimasukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Gaul sehigga sebati.

Kemudian masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kentang yang sudah ditumbuk. Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan daun bawang bersama dengan bawang goreng. Gaul sebati.

Akhir sekali masukkan tepung kentang(potatoe starch)dan gaul semula.
Kepal dan bentukkan kentang menjadi bulat dan leper mengikut pilihan anda.Mahu yang besar atau kecil bentuknya.
  
Cadangan 
Elok dimakan panas-panas.

Bergedil yang lain: Daging, Ikan, Tauhu

Sunday, February 12, 2012

Masak Express Umbut Kelapa


Resepi ini saya  dapati dari Maggi, memang `simple' dan cepat.

Bahan- Bahan 
500gm umbut kelapa
500ml air
2 biji bawang merah, ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
1 biji cili merah, ditumbuk kasar
1/2 camca teh serbuk belacan MAGGI
12gm serbuk cukup rasa MAGGI

Cara-Cara Membuat
Tumbuk semua bahan diatas kecuali umbut dan air (kalau nak tumbuk juga sila kan he he he). Masukkan semua ramuan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kecilkan api dan reneh selama 2 minit. Kemudian boleh dihidangkan untuk 4 orang makan. 

Resepi berkaitan dengan umbut kelapa,

Monday, January 30, 2012

Bubur Berlauk

Bahan-Bahan
1 pot beras - cuci bersih
2 keping ayam ( bahagian dada)
200gm daging
½ sudu kecil biji lada hitam
Sedikit ikan bilis
Sedikit udang kering
Garam secukup rasa
Air secukupnya (anggaran 6 pot beras)
Lobak jeruk di potong dadu
Bawang goreng
Daun sup 
 
 Cara Membuat
1. Kisar lada hitam,ikan bilis dan udang kering.
2. Potong dadu (kecil-kecil) ayam dan daging.
3. Masukkan beras,air, ayam dan daging serta bahan kisar ke dalam periuk nasi (rice cooker) dan garamkan.Tekan butang 'cook'.
3. Kacau sekali sekala sehingga nasi kembang dan air agak kering.
4. Biarkan bubur sentiasa panas di dalam rice cooker sehingga hendak dihidangkan.
Taburkan lobak jeruk, bawang goreng dan daun sup ke atas hidangan.

Wednesday, January 18, 2012

Spageti Lala Bercili

Bahan-Bahan
250gm  Spageti , masak mengikut arahan pada bungkusan
1kg Lala, dicuci bersih
10 biji cili padi, ditenyeh
180g Susu sejat.(boleh diganti santan)
5 ulas bawang putih, dicincang elok
1 cawan selasih Thailand
Garam dan lada untuk tambahan rasa

 Lala Mentah
 Cara Penyediaan
1. Masukkan lala ke dalam kuali dan tutup dengan penutup. Biarkan sehingga masak.
2. Alihkan lala ke dalam mangkuk dan simpan pati lala berasingan.
3. Masukkan 4 sudu besar minyak  zaitun dan tumis bawang putih dan cili padi sehingga 
    wangi.
4. Masukkan pati lala tadi bersama susu sejat dan didihkan dengan pelahan.
5. Kemudian gaulkan lala yang telah dimasak bersama daun selasih Thailand
Lebih kurang 30 minit sahaja untuk masak, makanan hanya cukup 4 orang makan sahaja.

Maklumat Tambahan : Selasih Thailand

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List

More Story Here

Let Join !