Followers

Custom Search
Showing posts with label kuih raya. Show all posts
Showing posts with label kuih raya. Show all posts

Sunday, June 22, 2014

Kuih Raya-Biskut Bangkit Badam

Biskut Bangkit Badam ; Gambar Ihsan  ResepiBiskut

Assalamualaikum semua, minggu depan hari Ahad kita akan berpuasa Ramadhan. Justeru itu kami akan berkongsi resepi untuk Ramadhan dan Aidl Fitri. Kali ini Biskut Bangkin Badam

Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan mentega
1 cawan gula kastor
2 biji kuning telur
20 gm buah badam(dihiris)

 Cara Membuatnya  
Pukul mentega & gula kastor hingga kembang,masukkan tepung gandum & uli hingga sebati.Canaikan adunan & terapkanmengikut bentuk yg anda suka.Susunkan kuih atas dulang pembakar yg telah disapu mentega.Sapukan kuning telur & letakkan badam hiris atasnya.Bakar hingga masak.

Senangkan ..
   
Iklan

Wednesday, August 8, 2012

Kuih Raya : Bahulu

Baulu - sedap dimakan waktu panas

Assalamualaikum dan selamat berpuasa.  Sepuluh hari , tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya adil fitri. Kali ini Fatin ingin berkongsi resepi membuat kuih raya tradisional iaitu BAULU.  Memang popular sekali dikatakan merupakan `kek' orang melayu yang pertama sebelum kedatangan kuih-kuih moden.

Bahan-Bahan
1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
setengah kg. tepung gandum
sedikit minyak.
acuan kuih bahulu

Cara Membuat
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan sehingga sebati.
3. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak.
4. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
5. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.
6. Untuk meringankan kuih bahulu, panaskan tepung dalam oven tapi jangan terlalu lama, agak-agak hangat.
7. Bakar pada suhu bakar 200C sehingga bahulu kekuningan.

Iklan :  

Tuesday, July 17, 2012

Kuih Raya : Dodol Labu

Ini dodol labu


Dodol Bentuk Setiga
Part kacau dodol memang memenatkan !! Banyak pantang larang  tu


Assalamualaikum, bertemu kembali dalam koleksi resepi terkenal, maaf jika terlalu awal ceritakan resepi buat dodol labu, puasa pun belum kan !! tak per sebenarnya sajer jer. Nak bagi semangat berpuasa...

Tahun nie nak buat kelainan sikit, nak buat dodol labu..mesti ada yang belum pernah makan kan .. termasuklah saya.  Berikut resepi (kalau siap hantar barang sekilo dua kat saya)
 
Bahan-Bahan
600 gm labu
300 gm tepung pulut
300 gm gula pasir
300 gm gula merah (gula kabung)
1 sudu teh garam
1 biji kelapa perut dijadikan ½ liter santan pekat
Sehelai daun pandan

Cara Membuat
Rebus labu hingga empuk kemudian dilenyek hingga lumat. Masukkan kesemua bahan ke dalamnya sambil digaulkan kemudian dijerangkan sambil dikacau di atas api hingga tidak melekat di tangan. Apabila telah sejuk, bentukkan sesuka hati.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List

More Story Here

Let Join !