Followers

Custom Search

Thursday, December 31, 2009

Kari Telur



Bahan-Bahan

6 biji telor
5 sudu besar Rempah kari daging
2 biji tomato dipotong empat
½ liter stok ayam
garam secukup rasa
Sedikit minyak  



Bahan - Bahan Kisar

20 biji cili padi
20 gm lada kering
200 gm bawang merah
30 gm halia muda


Cara Membuat
Telur di rebus hingga masak. Kupas kulit telur dan asingkan. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi hingga harum. Bancuh rempah kari didalam stok ayam dan tambahkan ke bahan kisar yang telah harum. Biarkan mendidih. Lalu campurkan telur dan tomato. Biar masak selama 10 minit.

Cadangan Hidangan
Sedap dihidang dengan kentang goreng dan di makan dengan nasi serta acar timun. 

Dapatkan resepi antarabangsa dibawah ini
Living Cookbook 2008MasterCook Deluxe 9.0Richard Simmons Deal a Meal Program Interactive Cd-rom 

Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua,  
Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,Peluang Business Dari Oversea

Friday, December 18, 2009

Batang Buruk Popia Sarawak




Bahan-Bahan Membuat
Untuk kulit
satu bungkus kulit popia(saiz besar)
sebiji telur(putih sahaja-untuk melekatkan kulit)
minyak untuk menggoreng



untuk inti
½kg kacang hijau
½ gelas gula
1 paket susu tepung  



Cara Membuat

 (kulit)
kulit popia dipotong empat secara memanjang dan menegak.gulung menggunakan hujung pen dan lekatkan dengan putih telur sehingga mendapat bentuk silinder.biarkan kering sebentar dan goreng menggunakan minyak. 


(inti)
kacang digoreng tanpa minyak.kemudian,kisar kacang itu sehingga halus dan ayak sehingga menjadi tepung.di bahagian lain,kisar gula tadi.seterusnya,gaulkan tepung kacang hijau,gula halus dan susu tepung.akhir sekali,masukkan inti yang telah digaul tadi ke dalam kulit yang telah digoreng.



Cadangan Hidangan

inti lebih melekat pada kulit jika kulit masih panas semasa memasukkan inti.tepung kacang buatan sendiri lebih original daripada yang dibeli di pasaraya(ditambah tepung).  



Monday, December 7, 2009

Bihun Goreng Special JB



Bahan-Bahan

600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
250 gm udang segar [buangkan kulit]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
250 gm tauge
100 gm kucai


bahan tumbuk
2 s/b lada hitam
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang carrot [potong halus seperti batang mancis atau parut panjang2]
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
2 biji limau nipis
3 sudu besar minyak
daun sup dan daun bawang [racik untuk hiasan]
garam dan air


Cara membuatnya
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukan isi ayam dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan udang, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan taugeh, tahu dan kucai.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.



Cadangan Hidangan: hidangkanlah semasa mee masih panas.

Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,Peluang Business Dari Oversea

Wednesday, December 2, 2009

Air Bandung Cincau


Bahan-Bahan
Sirap
air yang dah masak
susu pekat
cincau


Cara-Cara Membuat
bancuh sirap dalam air yg dah di masak.Kemudian masukkan susu pekat ke dalam bancuhan air sirap tadi.(kalau tak nak manis sangat,jangan letak banyak2,cukup sekadar rasa).Kemudian masukkan cincau yg dah dipotong cincang kedalam air siap bandung tadi.Kemudian jadilah air itu air sirap bandung cincau.

Cadangan Hidangan: hidangkanlah di dalam jug yg ada ais.

Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,Peluang Business Dari Oversea

Friday, November 6, 2009

Bingka Kundang


Bahan-Bahan
600gm tepung gandum
3 biji telur
3½ cawan gula pasir
6 cawan santan (diambil daripada 1½
biji kelapa)
½ cawan jus pandan

1 tin jagung kasar
Sedikit garam
Sedikit minyak


Cara Membuat
Pukul gula dengan telur hingga hancur. Tos jagung dan ambil airnya. Masukkan santan, jus pandan, air jagung dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan adun sehingga sebati.

Sapukan acuan dengan sedikit minyak dan tuang adunan ke dalamnya. Kemudian bolehlah dibakar. Setelah bingka setengah masak, angkat sebentar dan taburkan jagung tadi rata-rata. Kemudian bolehlah dibakar hingga masak. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.


Banyak lagi di
http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,Peluang Business Dari Oversea

Tuesday, October 13, 2009

Bubur Asyura Istimewa


Bahan-Bahan

1kg tepung beras
1kg gula pasir
½kg gula merah (masak dan ditapis)
½kg kacang kuda (direbus)
1kg kacang hijau (direbus)
½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)




2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
2kg pisang
200g sagu
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan


Cara Membuat

1.Bancuh tepung beras bersama 7 liter air,kacau di atas api.
2.Masukkan pati santan dan daun pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
3.Masukkan gula pasir,gula merah dan garam.
4.Masukkan kacang hijau, kacang kuda, jagung dan keledek.
5.Masukkan kesemua bahan yang lain dan kacau sehingga masak.
6.Bila sudah masak tuang ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.


Cara Hidangan

Jika suka boleh juga dimasak dengan memasukkan isi durian.


Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,Peluang Business Dari Oversea

Saturday, October 3, 2009

Air Laici Special


Bahan-Bahan
4 biji laici
1 gelas susu segar
Gula secukup rasa


Cara Membuat
Kisarkan semua bahan-bahan tadi.

Cadangan Hidangan
Hidangkan bersama-sama ais dan kalau mahu lebih rasa, masukkan buah laici dalam minuman tersebut.


Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,Peluang Business Dari Oversea

Tuesday, September 29, 2009

Jemput Roti


Bahan-Bahan

1 buku roti
4 biji telor
1 ulas bawang besar
2 biji cili (hijau/Merah)
Sedikit daging cincang
sedikit Daun Sup
Garam
Ajinamoto (Sedikit)

Cara Membuat
Roti dipotong kecil-kecil, masukkan telur, bawang dan lada yang dipotong dadu ke dalam roti tadi, kemudian masukkan daging cincang, daun sup yg dimayang halus dengan sedikit garam, Gaulkan semua bahan dan bulat-bulatkan sambil ditekan padat , goreng dalam minyak yg sederhana panas..(sentiasa balik balikkan supaya roti masak rata)

Boleh dijadikan sarapan pagi atau minum petang, kanak-kanak pasti sukakannya..


Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,Peluang Business Dari Oversea

Sunday, September 20, 2009

Acar Sarawak


Bahan-Bahan
2 biji timun
1 biji lobak merah
2 biji cili merah
2 ulas bawang merah (potong nipis)
4 sm halia (potong kecil2 memanjang)
½ cawan udang kering (rendam dan ditumbuk halus)
1 cawan kacang tanah(goreng tanpa minyak, dibuang kulitnya kemudian ditumbuk halus)

4 sudu makan bijan yang telah digoreng tanpa minyak
5 sudu makan gula pasir (ikut rasa)
2 sudu teh garam
1 botol kecil cuka
20 keping lobak masin (potong nipis)


Cara Membuat
Timun, lobak merah, cili merah dipotong 4 sm dan potong kecil2 memanjang.
Kemudian masukkan bawang merah, halia, udang kering, kacang tanah, bijan, garam, lobak masin dan cuka gaul rata-rata. Akhir sekali baru masukkan gula.


Cara Menghidang
Enak jika dihidang bersama nasi ayam ataupun dimakan dengan nasi putih sahaja.Peringatan: Gula hendaklah dimasuk paling akhir, mengelakkan acar menjadi layu.

Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,Peluang Business Dari Oversea

Friday, September 11, 2009

Abok-abok Sagu


Bahan-Bahan
1 kg kelapa parut
(sudah dikupas kulitnya)
500g sagu biji
Garam halus
dan Gula melaka secukupnya
daun pisang(dilayur)
Lidi secukupnya


Cara Membuatnya

1 Basuh sagu biji.Tapis dan biarkan 30 minit.
2 Basuh sagu biji sekali lagi.Biarkan di tapisan selama 30 minit lagi.
3 Gaul sagu biji dengan kelapa parut dan garam halus.
4 Letakkan satu sudu makan campuran sagu biji-kelapa ke atas daun pisang. Tabur gula melaka yang telah diracik. Tutup dengan satu atau dua sudu makan campuran sagu biji-kelapa parut.
5 Semat daun pisang dengan lidi.
6 Kukus hingga naik wap(20 minit)atau sehingga daun pisangnya layu.


Kemudian boleh dihidangkan diwaktu petang.

Banyak lagi di
http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,
Peluang Business Dari Oversea

Sunday, July 26, 2009

Nasi Goreng Cina Special


Bahan-Bahan

2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul)

5 biji cili merah ] ditumbuk
5 ulas bawang merah ]
1 pokok daun bawang (dihiris)
Garam secukup rasa


Cara Membuat

Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.


Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,
Peluang Business Dari Oversea

Thursday, June 25, 2009

Bihun Udang


Bahan-Bahannya
2 labu bawang besar merah 2 ulas bawang putih 300gm udang kering Suku cawan kicap manis Garam sedikit Bihun 1 paket Udang hidup ½ kilo Isi ayam 300gm Cili kering 0.50

Cara-Cara Memasak

Panaskan minyak 1 cawan kecil, tumiskan bawang sampai naik bau, masukkan cili blender(cili,udang kering, bawang putih,) sesudah garing masukkan udang hidup, isi ayam kacau sampai naik minyak dah masak semua bahan masukkan bihun yang telah di celur kacau dan balikkan lepas tu masukkan taugeh dan kucai.

Cadangan Hidayah

Masukkan didalam piring bujur dan taburkan dengan cili merah (cili hidup) dan bawang goreng.


Banyak lagi di
http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,
Peluang Business Dari Oversea

Saturday, June 20, 2009

ABC Mangga

Bahan
200 gm isi mangga masak
500 ml air masak
50 ml susu skim
100 gm kacang merah yg telah direbus
50 gm kismis/sultanas



Cara Membuat
Masukkan isi mangga, susu skim & air ke dlm pengisar & putar hingga hancur. Sejukkan di dlm peti sejuk.

Cara Hidangan

Keluarkan dari peti sejuk. Kemudian semasa hendak menghidang, isikan satu sudu kacang merah & satu sudu kismis dlm setiap 4 gelas. Kemudian tuangkan air mangga sama banyak ke dlm setiap gelas..

p/s : Ermmm sedapnyer kalau minum waktu tengahari ...

Banyak lagi di
http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,
Peluang Business Dari Oversea

Monday, June 8, 2009

Goreng Telur Bersama Tuna



















Bahan
1 Tin Tuna Pedas (Ayam Brand) 2 Ulas Bawang Putih 1cm Halia Lobak Masin cincang

Empat Biji Telur
Sebiji Bawang Besar (dihiris) 2 Tangkai Daun Sup (dihiris halus) Sedikit Lada Sulah

Cara Membuat
Tumis bawang putih bersama halia hingga garing, kemudian masukkan lobak masin. Biar dua minit masukkan tuna dan masak sehingga garing / lima minit. Sementara itu pecahkan telur campur sedikit lada sulah dan daun sup. Setelah bahan tuna garing masukkan telur dengan cara pukulkan sambil tuangkan kedalam kuali. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris. Angkat.

Cara Hidangan

Makan bersama bubur nasi atau nasi biasa. Jika tak suka pedas boleh juga gunakan tuna tanpa cili.

Banyak lagi di
http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,
Peluang Business Dari Oversea

Sunday, May 24, 2009

Bubur Ayam Special


Bahan-Bahan
1 ekor ayam (disiang, dipotong kecil-kecil & diperasakan)
Garam & lada sulah secukup rasa
1.2 liter air
4 ulas bawang merah (dicincang)
5 cm halia (dihiris)
250 gm udang hidup (dibuang kulit & uratnya)
1 cawan beras (dikosek & ditoskan)
1 sudu kicap cair
1 cawan pati santan
2 tangkai daun bawang (dicincang)
1 tangkai daun sup (dicincang)
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan Tambahan 3 sudu bawang merah goreng 1 keping telur dadar (digulung & dihiris halus) 6-8 batang lada merah (dibuang bijinya & dicincang) Kicap cair & kicap pekat
Cara Memasak
Satukan ayam yang telah diperasakan, air, bawang merah & halia dalam sebuah periuk. Jerang di atas api yang sederhana & biarkan hingga mendidih. Masukkan udang & masaklah selama 1 minit. Masukkan beras, kicap cair, serbuk perasa & perasakan secukup rasa. Masak hingga mendidih, kemudian kecilkkan api. Didihkan perlahan-lahan dengan bertutup selama 20-30 minit, dengan mengacaunya selalu untuk mengelakkan daripada melekat & berkerak. Masaklah hingga berasnya kembang, kemudian masukkan santan.

Sesuaikan rasanya & masak dengan berkacau selama 5 minit. Angkat dari api & isikan ke dalam mangkuk. Hiaskan dengan daun bawang & daun sup. Hidangkan panas-panas, dengan bahan-bahan tambahan dalam pinggan yang berasingan.



Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,

Thursday, April 30, 2009

Puding Roti


Bahan - Bahan

1 paket roti (5 ketul)
1 kg susu
Gula secukup rasa
1 camca besar mentega
Secubit garam
1 camca kecil esen vanila
1 biji telur


Cara Membuat

Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan. Senangkan ??

Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,

Chicken Chop Special


Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (diambil peha dan dada)


1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)
Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)


Cara:
Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.

Sumber : Mingguan Malaysia

Banyak lagi di
http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,

Sunday, March 29, 2009

Ayam Ala Afrika Special


Bahan-bahan

  • 4 - 6 peha ayam --tidak berkulit dan tulang
  • 2 biji peppers (merah dan kuning), dihiris
  • 1 ulas bawang, dihiris
  • 2 sudu makan jus limau
  • 2 camca halia, dihiris
  • 2-3 ulas bawang putih, cincang
  • 1/4 camca red pepper flakes/cili kering
  • salt n ground pepper to taste
  • 1 sudu makan minyak canola

Cara membuat

  1. Campurkan pepper, bawang, jus limau, halia, garlic, red pepper flakes, salt and pepper; reserved/biarkan..
  2. Panaskan minyak dlm nonstick skillet..masukkan ayam.. pastikan api sederhana ..cover dan tunggu masak dlm 10 min.
  3. Terbalikkan ayam dan masukkan bahan reserved tadi..cover separuh tutup.. tunggu hingga ayam masak ..turn occasionally.
  4. Hidang dgn nasi or couscous..

Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,

Saturday, March 14, 2009

Paprik Ayam Special


Bahan-bahan

  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
  • 2 biji limau kasturi - diambil jusnya
  • 5 helai daun limau purut - carik-carikkan
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis,bahan2 perasa

Cara membuat

  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air.
  4. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  5. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,

Monday, March 9, 2009

Apam Tembam

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
240 gm gula
240 ml santan atau fresh milk
1 s/b jus pandan (Ayu tambah sekali esen pandan dan pewarna hijau)
270 gm tepung gandum
1 s/k ovallate
1 s/b tepung kanji ]
kelapa parut muda] [ gaulkan garam ]

CARA-CARA:
1. Telur dimesin/dipukul bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan santan/fresh milk, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati.
3. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan.
4. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat.
5. Tuangkan adunan tepung tadi.
6. Kukus hingga masak selama 15 minit.

Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com
Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,

Monday, February 16, 2009

Soto Ayam Special


Bahan A
2 bungkus nasi impit segera dipotong kecil
20gm tulang ayam
1 liter air
Gula & garam secukup rasa
Bahan B
200 gm kentang (Dipotong dadu)
100gm lobak merah (Dipotong dadu)
100gm bawang besar(Dipotong dadu)
1 batang kayu manis
10 gm jintan manis
50 gm sebuk ketumbar
2 sudu makan minyak masak

Cara-Cara Membuat
Rebus tulang ayam dalam periuk selama 2 jam dan ketepikan
Panaskan minyak dan tumis kayu manis, jintan manis dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan lobak merah, kentang dan kacau rata.
Kemudian diangkat dan dituang kedalam stok ayam tadi. Masukkan garam secukup rasa. Kacau hingga mendidih dan boleh dihidangkan bersama nasi impit dan bahan sampingan lain.

Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com
Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List

More Story Here

Let Join !