Followers

Custom Search

Sunday, May 24, 2009

Bubur Ayam Special


Bahan-Bahan
1 ekor ayam (disiang, dipotong kecil-kecil & diperasakan)
Garam & lada sulah secukup rasa
1.2 liter air
4 ulas bawang merah (dicincang)
5 cm halia (dihiris)
250 gm udang hidup (dibuang kulit & uratnya)
1 cawan beras (dikosek & ditoskan)
1 sudu kicap cair
1 cawan pati santan
2 tangkai daun bawang (dicincang)
1 tangkai daun sup (dicincang)
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan Tambahan 3 sudu bawang merah goreng 1 keping telur dadar (digulung & dihiris halus) 6-8 batang lada merah (dibuang bijinya & dicincang) Kicap cair & kicap pekat
Cara Memasak
Satukan ayam yang telah diperasakan, air, bawang merah & halia dalam sebuah periuk. Jerang di atas api yang sederhana & biarkan hingga mendidih. Masukkan udang & masaklah selama 1 minit. Masukkan beras, kicap cair, serbuk perasa & perasakan secukup rasa. Masak hingga mendidih, kemudian kecilkkan api. Didihkan perlahan-lahan dengan bertutup selama 20-30 minit, dengan mengacaunya selalu untuk mengelakkan daripada melekat & berkerak. Masaklah hingga berasnya kembang, kemudian masukkan santan.

Sesuaikan rasanya & masak dengan berkacau selama 5 minit. Angkat dari api & isikan ke dalam mangkuk. Hiaskan dengan daun bawang & daun sup. Hidangkan panas-panas, dengan bahan-bahan tambahan dalam pinggan yang berasingan.



Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal,

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List

More Story Here

Let Join !