Followers

Custom Search

Wednesday, February 17, 2010

Agar-Agar Marble



Bahan-Bahannya
4 sudu besar tepung kastad
½ cawan susu cair
125 gm mentega
6 gelas air

1 bungkus agar-agar
5 biji telur
1 mangkuk kecil gula
Sedikit serbuk koko

Cara-Cara Membuat
Masak agar-agar dengan 6 gelas air sehingga mendidih. Bila telah hancur masukkan gula. Sementara menunggu gula hancur, boleh bancuhkan bahan-bahan untuk campuran agar-agar. Pukul telur dengan mentega sehingga kembang. 

Setelah itu masukkan susu cair dan tepung kastad sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Setelah itu tuangkan adunan ke dalam agar-agar tadi kemudian kacaukan hingga rata. Sesudah sebati dan kelihatan agak pekat bolehlah diangkat dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dicampurkan dengan koko dan satu lagi tanpa warna. Masukkan ke dalam acuan berselang-seli kemudian sejukkan

P/S : Sedap kalau dimakan waktu petang.  

500 Soup ReceipesFeeding Baby: Simple, Healthy Recipes for Babies and Their FamiliesSteam Cooking: 100 Delicious and Healthy Food Receipes for All Steamers 

Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua, Jana $$ Dari Rumah Halal

Saturday, February 6, 2010

Pizza Maggie

 The Art of Pizza Making: Trade Secrets and Recipes Pizza: More than 60 Recipes for Delicious Homemade PizzaThe Pizza Gourmet: Simple Recipes for Spectacular PizzaPizza on the Grill: 100 Feisty Fire-Roasted Recipes for Pizza & More

Bahan-Bahan
1 Bungkus maggi
2 biji telur gred A
Sosej (ikut suka)
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dimayang halus)
Bawang besar (dihiris nipis)

Cara Membuat
Celur maggi, ketepikan. Pukul telur sehingga agak kembang.

Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggiyang telah dicelur tadi. Gaul hingga sebati.

Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak. Gunakan kuali yang bertangkai.
  

Cara Hidangan  

Makan semasa panas dan boleh dicicah dengan sos dan mayonis. 

Mudah bukan ??? Apalagi jom buat pizza maggie


Banyak lagi di http://koleksiresepiterhebat.blogspot.com Koleksi Petua,
Business Idea, Jana $$ Dari Rumah Halal

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List

More Story Here

Let Join !