Pengumuman penting - Facebook Elizatrading
-
Assalamualaikum dan selamat awal pagi,
Pihak elizatrading ingin memohon maaf kerana agak lama tidak update blog
ini kerana kesuntukan masa. Walaubagaiman...
Followers

Custom Search
Monday, December 14, 2015
Ayam Rebung Asam Pedas
Bahan-Bahan
Ayam yg dipotong kecil-kecil (gunakan ½ ekor sahaja)
Bahan-Bahan ini hendaklan diblend
3 biji bawang besar (saiz sederhana)
3 ulas bawang putih 3ulas
2 inci halia
2 inci belacan bakar
3-4 sudu lada kering yg sudah siap blend
sedikit air asam jawa
sedikit garam
sedikit gula
sedikit air (sukat sndiri ikut kepekatan yg dikehendaki)
rebung yg da siap racik
sedikit daun kesum
Cara-Cara Membuat
Tumis bahan bahan blend diatas
kacau sampai separuh garing dan keluar bau
masukkan lada kering
kacau sampai garing
masukkan ayam,
masukkan daun kesum
masukkan air asam jawa
masukkan air
masukkan rebung
masukkan gula
masukkan garam
masak sehingga ayam empuk
Makan bersama nasi putih dan lebih enak jika ada lauk sampingan seperti ikan goreng
Thursday, October 8, 2015
Lepat Labu Istimewa
Lepat ialah sejenis kuih kukus yang memang senang hendak membuatnya. Lepat ada yang dibuat dari pisang , labu dan cendol.Cubalah resepi lepat labu istemewa dibawah ini.
Bahan - Bahan
½ biji labu, direbus
½ biji kelapa parut
1 cawan gula
Sedikit garam
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula merah
Daun pisang untuk membalut
Cara Membuat
Gaulkan semua bahan di atas hingga sebati kecuali kelapa parut.
Letakkan kelapa parut di tengah-tengah sebagai inti.
Balut lepat dengan daun pisang.
Kukus selama setengah jam atau hingga masak.
Tuesday, August 11, 2015
Sarbat Pisang
Pisang Montel
Bahan-Bahannya
2 biji pisang montel
1 sudu teh esen pisang
20gm gula
2 biji putih telur
2 cawan air masak
Cara Membuatnya
1. Kisar pisang hingga hancur dan tapis airnya
2. Campur air pisangn dengan esesn pisang, gula, putih telur dan air masak. Kisar semula hingga sebati.
3 Sejukkan sebelum dihidangkan. Hias dengan daun pudina.
Lepat Pisang Madu
Lepat Pisang Buat Ibu Paling Baik
Bahan-Bahan
10 Biji pisang emas atau berangan
Semangkuk tepung gandum
Gula pasir dan gula Melaka
Sesudu Madu
Daun Pisang
Cara Membuatnya
1. Masak gula merah sehingga hancur dan tapis
2. Lenyekkan pisang tadi, dan masukkan gula melaka, gula,tepung gandum dan madu ke dalam adunan.
3. Siat daun pisang dan potong empat persegi untuk membungkus.
4. Ambil sedikit adunan pisang dan letak dibahagin tengah daun pisang kemudian gulung perlahan-lahan dan lipat bahagian tepinya,
5. Kukus hingga masuk
Nota Tambahan : Sesuai dimakan untuk sarapan pagi atau pun waktu petang.
Saturday, July 18, 2015
Wedges Special
3 kentang
1 telor
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung penaik/kek
1 sudu tepung goreng ayam
½ air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil rempah perisa sup
minyak masak
Cara Membuat
Ambil kentang, dan potong bentuk wedges.rebuskan kedalam air yang berisi sedikit garam dan serbuk sup itu tadi. setelah kentang itu lembut. sejatkan air.
Setelah itu panaskan minyak, sediakan barang kedua yaitu campurkan garam,telur, tepung gandum tepung penaik dan gaulkan adunan itu.
Gaulkan kentang yang telah di rebus tadi kedalam adunan tepung tersebut. selepas itu gaulkan kentang tersebut macam kita hendah mengoreng ayam. lepas itu masukkan kedalam kuali.lakukan sehingga habis.
Untuk lebih sedap makan dengan sos cili dan makan depan TV !!
Wednesday, July 1, 2015
Acar Buah Utara Special
Bahan- Bahan
Bahan Untuk menumis,
Cili kering,bawang merah,bawang putih,halia,
minyak masak, gula, cuka , rempah campur dan bijan.
Bahan sebagai buah,
limau jeruk , belimbing kering , bawang putih, bawang
merah, kurma, kismis, prune cina, segala buah-buah asam, lobak
masin, buah pala halua, segala benda asam yang kering sesuka hati.
Bahan buah-buahan hendaklah di bersihkan toskan, yang besar
tu potonglah, kemudian celur semua bahan buah-buahan tu, satu persatu
berasingan .
Kemudian bersedia bahan untuk ditumis. Cili kering, setelah dibersihkan toskan. Lepas tu semua bahan-bahan nak tumis tu hendaklah digoreng dahulu (separuh masak) sebelum diblenderkan berasingan.
Panaskan minyak, masukkan chili, bawang puti, bawang merah, halia, kacau sampai wangi, kemudian masukan gula, kacau sampai gula hancur. Kemudian masukkan cuka dan garam.
Kacau lama sampai mendidih.Mustahak rasa dulu kuah ni sampai sedap ikut taste sendiri. Lepas tu baru masukkan bahan buah-buahan tadi yang keras awal yang lembut akhir. Kacau sampai masak naik minyak dan nampak gulanya 'berkaca'. Akhir sekali gorengkan rempah campuran dalam kuali angkat masukkan kedalam periuk acar tadi, begitu juga bijan, goreng dan masukkan.
Selamat Mencuba!
Kemudian bersedia bahan untuk ditumis. Cili kering, setelah dibersihkan toskan. Lepas tu semua bahan-bahan nak tumis tu hendaklah digoreng dahulu (separuh masak) sebelum diblenderkan berasingan.
Panaskan minyak, masukkan chili, bawang puti, bawang merah, halia, kacau sampai wangi, kemudian masukan gula, kacau sampai gula hancur. Kemudian masukkan cuka dan garam.
Kacau lama sampai mendidih.Mustahak rasa dulu kuah ni sampai sedap ikut taste sendiri. Lepas tu baru masukkan bahan buah-buahan tadi yang keras awal yang lembut akhir. Kacau sampai masak naik minyak dan nampak gulanya 'berkaca'. Akhir sekali gorengkan rempah campuran dalam kuali angkat masukkan kedalam periuk acar tadi, begitu juga bijan, goreng dan masukkan.
Selamat Mencuba!
Jika anda kurang faham sila rujuk video dibawah ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
My Blog List
-
-
Cari Kucing Hilang - Kucing memang yang hilang memang susah dicari. Berikut ada beberapa petua yang boleh digunakan insallah akan berjaya. 1. Mencari ditempat-tempat diman...
-
-
5,000 HITS TO YOUR WEBSITE A DAY. - *Get over 5,000 hits to Your Website a day.* *for FREE - No Clicking! * *Safe clicks to your.* * Ad...
-
-